Glimpse of Us (Joji)

She’d take the world off my shoulders
If it was ever hard to move
She’d turn the rain to a rainbow
When I was living in the blue
Why then, if she is so perfect
Do I still wish that it was you?
Perfect don’t mean that it’s working
So what can I do? (Ooh)

When you’re out of sight
In my mind

‘Cause sometimes I look in her eyes
And that’s where I find a glimpse of us
And I try to fall for her touch
But I’m thinking of the way it was
Said I’m fine and said I moved on
I’m only here passing time in her arms
Hoping I’ll find
A glimpse of us

Tell me he savors your glory
Does he laugh the way I did?
Is this a part of your story?
One that I had never lived
Maybe one day you’ll feel lonely
And in his eyes, you’ll get a glimpse
Maybe you’ll start slipping slowly
And find me again

When you’re out of sight
In my mind

‘Cause sometimes I look in her eyes
And that’s where I find a glimpse of us
And I try to fall for her touch
But I’m thinking of the way it was
Said I’m fine and said I moved on
I’m only here passing time in her arms
Hoping I’ll find
A glimpse of us

Ooh, ooh-ooh
Ooh, ooh-ooh
Ooh, ooh, ooh

‘Cause sometimes I look in her eyes
And that’s where I find a glimpse of us
And I try to fall for her touch
But I’m thinking of the way it was
Said I’m fine and said I moved on
I’m only here passing time in her arms
Hoping I’ll find
A glimpse of us

Jalan

Kembara adalah

jalan yang menghubungkan.

Mungkin kita pernah kalah

tetapi tidak semua orang

mudah mengalah.

Kita pun melangkah

membawa hati ke daerah jauh

melihat apa lagi

yang indah

tersisa di celah-celah gigi usia yang lelah.

 

Zaharah

14/09/019

 

Old and Wise

As far as my eyes can see
There are Shadows approaching me
And to those I left behind
I wanted you to Know
You’ve always shared my deepest thoughts
You follow where I go.
And oh when I’m old and wise
Bitter words mean little to me
Autumn Winds will blow right through me
And someday in the mist of time
When they asked me if I knew you
I’d smile and say you were a friend of mine
And the sadness would be Lifted from my eyes
Oh when I’m old and wise.
As far as my Eyes can see
There are shadows surrounding me
And to those I leave behind
I want you all to know
You’ve always Shared my darkest hours
I’ll miss you when I go.
And oh, when I’m old and wise
Heavy words that tossed and blew me
Like Autumn winds that will blow right through me
And someday in the mist of time
When they ask you if you knew me
Remember that You were a friend of mine
As the final curtain falls before my eyes
Oh when I’m Old and wise.
As far as my eyes can see.
Songwriters: Alan Parsons / Eric Woolfson
Old And Wise lyrics © Universal Music Publishing Group

 

Dalam

Rindu siapakah yang tidak pernah merintih?

Dalam perjalan yang kita rasakan semakin berat, terasa seperti enjin tua. Kita masih berusaha untuk mengenali diri, tak pernah putus. Dari kulit lembut licin terik, menjadi kendur, kasar dan menggelebeh. Aku siapa? Kenapa dan bagaimana aku mampu sampai ke sini – usia tuaku?

Apakah yang telah kukumpulkan selama hidup? Berapa banyakkah usia telah kubuang ke dalam bakul sampah masa? Dan hatiku? Ketika makanan yang enak-enak itu tidak lagi terasa enak seperti dulu, ketika kesegaran badan dan fizikal tidak lagi terasa kuat dan ringan seperti dulu, ketika tenaga mental dan fizikal terasa seperti enjin tua yang kehabisan daya.

Rindu siapakah yang tidak pernah merintih?

Dalam  pelarian yang dirancang dan kemudian tersasar, terasa seperti jasad kosong dimamah penyesalan, tak pernah putus. Ke manakah kita nanti, jika begini sajalah yang termampu kita usahakan. Bukankan hidup ini sebuah perjuangan? Tapi kenapa sentiasa memilih keselesaan yang membunuh?

Rindu siapakah yang tidak pernah merintih, Ya Rabb.

Penantian.

Setelah lama di dalam penantian, kelihatan seperti ada sinar akan muncul. Namun, kegembiraan dan keghairan itu telah lama mati. Yang kekal dalam hati hanyalah kesyukuran.

Ketika remaja, hujan yang menitis di atas kepala terasa seperti bait-bait puisi cinta yang sedang bergetar. Ia mencengkam, dan membenam.

Namun, ketika usia memanjat, segala ketidaksampaian itu kekal menjadi romantis. Hanya dengan cara yang berbeza. Ia masih terasa mencengkam, dan membenam. Sekaligus menghiris.

Benar kata yang lebih arif dalam cinta, yang menjadikan cinta itu indah adalah ketidaksampaianyya. Kita akan kekal mengenang dalam rintis-rintis rindu yang menjalar di sepanjang lebuhraya.

Apa pun rupa hujan kali ini, kutadah dengan kesyukuran. Kerana masaku di sini, tidak banyak lagi.

Salam rindu, kepada yang masih mengingatiku.

Kawal

Adalah menjadi penyakit, untuk manusia di zaman serba maju ini menjadi semakin penakut. Segala gerak geri dan pemikiran orang lain, kalau boleh nak berada di dalam kawalan. Nak kena sama dengan apa yang kita fikir. Kononnya untuk keselamatan selepas mati. Hakikatnya kerana kesombongan; merada diri kita lebih benar dan lebih baik dengan jalan yang kita pilih.

Itulah cara si penakut berfikir. Kerana seorang pemberani yang sebenar ialah yang gagah untuk berdiri di antara perbezaan. Kerana Allah ciptakan manusia beragam. Bukan macam pokok pisang. Nabi Muhammad s.a.w tak pernah diutus untuk memaksa. Baginda diutus untuk menyeru (memberitahu). Baginda s.a.w. adalah peribadi yang penyayang. Bukan peribadi yang menyerang dan membunuh orang lain untuk menyatakan dirinya benar.

Ya, Allah. Dekatkan aku kepada orang-orang yang ikhlas kerana-Mu dan sentiasa mencari jalan kebenaran (berfikir).

 

Faisal Tehrani: Aku _________, Maka Aku Ada!

Kembali bersemangat membaca novel.

Nama Faisal Tehrani (FT) tidak asing lagi dalam dunia penulisan. Siapa yang suka baca buku, dan tak pernah dengar nama FT, yang tu memang makhluk asing. Huhu. Rasa pelik juga nak mengulas tentang buku FT ni. Sebab rasanya taklah layak nak mengulas karya PENULIS BESAR seperti FT. Saya ni, setakat baca bolehlah. Kalau nak ulas memang terpulas-pulas je rasanya. Tapi, entahlah. Kali ni rasa nak tulis panjang-panjang.

Di Kolej Za’aba UM saya mula mengenal karya FT. Kalau tak silap, ketika saya masuk Pusat Asasi Sains, FT sudah berada di tahun akhir pengajian sarjana muda syariahnya di API. Waktu itu, saya memang suka baca cerpen. Belek saja majalah kalau jumpa cerpen FT, mesti habis majalah tu kena gunting. Ketika siswi-siswa dok minat pengerusi JTK la, presiden PIUM lah, presiden PMUM lah, presiden itu presiden ini, saya pula minat FT. Hahaha. Ini tak kelakar. Okay, itu momen mula-mula saya berkenalan dengan karya FT.

Selepas ‘tak sengaka’ menulis (saya rasa saya bukanlah menulis novel, sebaliknya ‘mengarut’ saja) novel pertama pada tahun 2004 dengan Creative Enterprise (CESB), saya terkinja-kinja selepas jumpa novel Cinta Hari-hari Rusuhan di galeri CESB. Dari situlah saya mula mengumpul novel-novel FT. Maaf Dari Syorga, Rahsia Ummi, Perempuan Politikus Melayu dll (banyak sangat nak sebut). Maklumlah, masa belajar takdak duit, kalau guna duit beli novel rasa macam tak amanah pulak. Bila Allah bagi rezeki lebih, saya pun kumpul koleksi novel FT.

Dari zaman awal membaca novel FT sampailah FT bersama Dubook, saya boleh rasa turun naik gelombang emosi, pengalaman dan pemikiran FT. Awal tadi saya ada sebut FT sebagai PENULIS BESAR bukanlah kerana beliau sudah banyak merangkul anugerah itu anugerah ini. Saya bukanlah orang sastera untuk mengulas macam professor dalam bidang kritikan sastera. Ini hanya pandangan seorang pembaca yang telah menikmati karya FT hampir 15 tahun. Label PENULIS BESAR ini saya berikan kerana;

  1. FT boleh menulis novel sedih, novel romantik, novel tragedi, novel serius, novel warak (islamik?), novel kelakar dan pendek kata semua beliau telah tulis. Novel lucah pun ada. Hahaha. (Ada orang kata novel Bagaimana Anyss Naik Ke Langit sebagai novel lucah. Saya tak tahulah mana yang lucah tu. Sebab setahu saya maksud novel lucah ialah bila novel tu dibaca, orang yang membacanya akan tiba-tiba rasa nak ‘mengawan’. Haha. Saya malu nak sebut benda ni. Tapi itulah, saya memang sangat hairan bila ada yang kata ia lucah, sedangkan bila saya baca, apa yang saya rasa ialah, nak ambil pistol dan tembak muka pembalak-pembalak yang merogol dan membunuh gadis Penan. Ya, kalaulah saya ada pistol).
  2. FT adalah penulis yang paling banyak dilabel. Kalau ada anugerah penulis paling banyak dapat label di Malaysia, maka ia patut diberi kepada FT. Di belakang kulit Aku _______ , Maka Aku Ada! ada tertera

Ah! Kau kata…

Aku Liberal,

Aku Syiah,

Aku Anti Melayu,

Aku Kafir,

Aku Sesat.

Ha. Kan? Berderet-deret label yang FT dapat. Ke ada yg nak tambah lagi?

  1. Bermula dengan puji-pujian dari peringkat sekolah ke peringkat nasional, malah PM pun dah pegang Novel FT semasa pelancaran, dan setelah berbakul-bakul menerima anugerah, FT menerima kecaman dan kritikan (baca: kutukan) juga tak terkira hebatnya, namun FT tetap menulis. Kalau saya berada di tempat beliau, mungkin saya sudah membawa diri ke planet lain kerana makan hati, kecewa dan putus asa. Inilah yang kita panggil penulis BERJIWA BESAR. Dia tidak menulis hanya ketika dipuji. Ketika dikeji pun, dia bangkit dan tetap menulis.

Tapi dalam banyak-banyak yang saya tulis di atas, perkara yang paling saya suka dengan FT ialah, beliau sangat kelakar. Saya baca buku Advancer Si Peniup Ney dan Bila Tuhan Berbicara, saya gelak tergolek-golek. Lantaklah. Kan memang orang Melayu suka baca novel (atau tengok drama atau filem) yang kelakar dan menghiburkan. Sehinggakan bila baca novel Tunggu Teduh dulu, saya rasa macam tak puas hati sebab tak kelakar (walaupun novel TT sangat romantis dan sangat berguna untuk orang yang bercita-cita nak menceburkan diri dalam dunia pertanian moden hehe).

Dan ketika zaman blog masih popular, memang blog FT jadi macam surat khabar bagi saya. Kalau bangun pagi tak ada posting baru, memang rasa bosan tak tahu nak cakap. Agaknya itulah punca pakcik-pakcik ketagih duduk sembang kedai kopi. Ulasan-ulasan FT dalam blog beliau terutamanya dalam bab politik, memang buat saya ketagih. Kadang-kadang, bila orang lain marah dengan apa yang FT tulis, saya pulak rasa ianya sangat kelakar. Ya. Anda berilah dia label apa sekali pun, tak ada siapa yang boleh menghentikan perasaan saya ini, kerana beliau memang pandai menulis sesuatu yang berbentuk menghiburkan (baca: bermanfaat).  Selepas blog beliau ditutup, saya pernah menghatar mesej di facebook bertanya kenapalah blog beliau dihentikan. Memang ‘kuciwa’ tak tahu nak cakap. Rupanya, ada ‘tangan ghaib’ yang menutup blog tersebut. Bukan tuannya. Mak aih. Memang bosan tahap dewa rasanya sepanjang blog FT sudah tidak berfungsi. Tapi masa tu tak tahu nak marah kat siapa.

Dan sehinggalah munculnya buku Aku ________, Maka Aku Ada. Terbitan Dubook. Haa, inilah tujuan entri ini ditulis (mak aih panjangnya intro). Baca buku ni, lebih kurang sama macam baca blog FT yang dulu-dulu. Sebab dalam buku ni ada artikel, ada esei dan ada luahan perasaan FT. Cakap saja nak isu apa, semua ada. Tapi, tentunya isu-isu tersebut ditulis dari perspektif yang berbeza dari khalayak arus perdana. Isu MH370. Isu pendidikan. Isu penggunakan kalimah Allah. Isu pihak JAIS yang mengganggu majlis perkahwinan seorang perempuan hindu tanpa membuat penyiasatan terperinci terlebih dahulu. Isu boikot McDonald. Isu berkabung dan bertafakur untuk menghormati jenazah. Isu menyentuh anjing. Dan banyak lagi isu-isu semasa yang menjadi bualan, perbincangan, perdebatan dan perbalahan masyarakat 1Malaysia. Ya. Bagi saya buku ini sangat bersifat 1Malaysia. Tak ada lagi buku yang saya rasa lebih 1Malaysia berbanding buku FT yang ini. Apa yang pasti, isu-isu tersebut diulas dari perspektif yang sangat berbeza daripada apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang.

Melalui buku ini, saya sangat percaya ia ditulis oleh seorang pensyarah yang menekuni bidang hak asasi manusia. Dan percayalah, sesiapa yang takut kepada FT kerana Syiah, bacalah buku ini. Kalau ada yang kata buku ni ada unsur syiah, memang patut kena pelempang. Tapi itulah, walaupun dari dulu FT suka tulis dalam blog bahawa beliau suka nasi lemak sambal sotong, tetap juga orang nak hamburkan kata-kata bahawa dia syiah. Memang aneh betul orang yang suka melabel ni.

Dan tentunya artikel yang paling saya suka (paling mencerminkan seorang Faisal Tehrani) ialah AKU LIBERALIS.

(Hak asasi manusia melindungi ‘orang yang beragama’, dan bukannya agama. Justeru tidak timbul sama sekali dakwaan bahawa liberalisme datang untuk menyamaratakan semua agama. Sekali lagi, yang dilidungi orang, yang diseratakan orang, yang diberi hak penuh adalah orang. Hak asasi manusia bahkan merai perbezaan dan kelainan yang ada pada setiap manusia dan menuntut supaya hak asas iaitu hak untuk berbeza dan percaya kepada agama masing-masing ini dipertahankan dan dilindungi). (Aku _______, Maka Aku Ada!: 175)

Bagi saya, artikel yang menutup buku ini sangat bertepatan (bergaya) dengan isu yang menghujani FT sendiri sebagai seorang penulis. Saya sedar, penulis di Malaysia ini berkelompok. Masing-masing berjuang mengangkat kelompok masing-masing, dan memperjuangkan bakat yang berbeza-beza. Ada penulis menunjukkan bakat dengan menulis novel tentang nikah kawin cinta cerai. Ada penulis menunjukkan bakat dengan menulis novel menggunakan bahasa puitis sehingga pembaca tak mampu nak faham walaupun diulang baca 100 kali demi puitisnya bahasa yang digunakan. Dan ada juga penulis yang main hentam tulis saja janji orang suka baca dan gembira.  Jadi, saya tidak fikir kenapa PENULIS BESAR seperti Dr. Mohd Faizal Musa ini perlu dicerca dan dilemparkan kata-kata yang tidak baik, hanya kerana dia berbeza daripada kebanyakan orang. Hanya kerana beliau menulis dari perspektif yang berbeza dari kebanyakan orang. Dan tentunya, FT menulis semua yang berbeza ini, bukan hanya dengan termenung di hadapan komputer dan berangan sampai meleleh-leleh air liur atau sambil mendengar lagu jiwang untuk menjiwai watak. Paling kurang dia mengulas bukan hanya bersandar kepada siku dan lutut yang tersorok di dalam jubah. Beliau membaca dan mengkaji. Bukan hanya berangan dan meninggu ilham dari mimpi.

Sebenarnya, saya sudahkan membaca buku ini sejurus pesta buku tamat. Tetapi baru hari ini saya ingin menulis tentangnya. Walaupun saya tak reti mengulas macam seorang pengkritik sastera yang pakar, saya rasa saya mahu menulisnya. Jangan nanti selepas FT dah tak ada baru saya terhegeh-hegeh hendak tulis yang baik-baik tentang beliau. Saya dah menikmati pelbagai jenis karyanya. Jadi, saya kira adalah suatu yang wajar apabila FT akhir-akhir ini sangat ‘melekat’ dengan Dubook yang ‘Angkuh dan Liar’ itu. Prinsip yang lembut dan manis tidak mampu memberikan laluan kepada PENULIS BESAR seperti ini berkongsi fikiran mereka dengan pembaca. Penerbit biasanya lebih gemar kepada karya yang lunak dan mengulit mimpi. Bukan karya yang bila dibaca, terasa seperti ada orang sedang menampar pipi kita.

Dan, AWAS! Jangan terpedaya dengan kulit muka depan buku ini. Gambar FT bersama almarhum TGNA hanyalah satu perangkap yang Dubook gunakan untuk memerangkap golongan peminat-peminat TGNA. Hahaha. Serius. Tak ada kena mengena pun isi dalam dengan kulit depannya. Tetapi, saya suka. Gambar berdua itu sangat ‘ngam’ dengan tajuk buku. Selain itu tak ada kena mengena.

Oleh itu bacalah. Saya, walaupun berkongsi tarikh lahir (hari dan bulan) dengan FT, percayalah, jika saya mati dan hidup sebanyak 10 kali, saya masih tak akan mampu menulis seperti apa yang beliau telah tulis di dalam sebuah buku. Saya kira tidak ada hiburan yang lebih menarik dan mengembirakan hati sebagai rakyat Malaysia selain daripada karya FT.

Jadi, jangan takut. Bacalah. Sebelum anda menyesal kerana tidak membaca.

*Tahun ni tebalkan muka jumpa FT dan minta tandatangan. Dah lama berangan, tapi bila nampak dari jauh, terus cabut lari. Kali ni mujur ada Si Kecil saya.

Hujan.

Hujan. Musim paling manis untuk berkarya. Ketika hujan pagi. Bau memori kadangkala harum kadangkala pahit menghimpit. Selebihnya, hidup ini hanyalah singkat. Semua akan berlalu dengan pantas.

Hujan. Musim paling manis untuk bermimpi. Ketika hujan pagi. Kita pun larut. Dalam hati yang pernah. Bertemu tanpa bercinta.

Kembali

Mohd Ali Md Salim.

Jiwamu membelah awan biru. Segala budi usahamu menabur di medan ilmu. Pecah. Bisu. Berderai bunga-bunga doa. Turun ke bumi. Bak payung biru dari syurga. Kau – semadi dalam hati kami. Tak tercapai tangan mengusap. Tetapi hati dekat. Doa mengerat. Aku. Kau. Kita. Dan DIA yang menyayangimu. Membicarakan nasib kita dalam bahasa rahsia. Siapa tahu. Kita pernah berdoa. Pernah bercinta denganNYA. 

Kutabur bunga biru dalam doa. Untukmu. Mohd Ali Md Salim. MH17. 

 

Kampung Warisan

Ketika kita berpuisi untuk kekasih

ada mata yang airnya tak kering mengalir

ada penguasa zalim kekenyangan bergelimpangan

ada pemimpin tangan hitam bergelak ketawa di celah riba wanita simpanan

kita pun mengusung mimpi

berpuisi lagi

 

Usah kita berpeluk dengan bayang kekasih lama

yang sudah renyuk wajahnya dimamah masa marilah kita hayun tangan

menjerit laungkan pembebasan

kalaupun kita disembur api

demi maruah dan sejarah   kampung warisan

tempat keringat dan air mata

datuk nenek kita tumpah.

Ketika Cinta Tidak Lagi….

Ketika cinta tidak lagi dibicarakan
Oleh bibir yang arif
cinta akhirnya menjadi jualan di tepi jalan
tertulis di dalam naskah murahan

Ketika cinta tidak lagi dibicarakan
oleh bibir yang arif
semakin ramai jiwa terbunuh
semakin darah mengalir laju
semakin nanar semakin kacau bilau
dan gelisah pun membelah.

Zaharah Muhammad

Hujan

Image

Hujan. Malam ini hujan. Seminggu dua ini memang hampir setiap hari, hujan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mengirimkan doa kepada saya. Alhamdulillah. Semangat untuk ‘menyunting’ manuskrip yang bertahun terbengkalai berjalan dengan lancar. Seperti hujan. Sejuk. Nyaman. Indah.

Allah, meski ini adalah novel yang kuistilahkan sebagai novel cinta, berikanlah aku petunjuk agar ia tidak jadi sebagai sebahagiaan bait-bait kayu yang akan terbakar di dalam neraka. Jadikan cinta yang memenuhi hati kami sebgai cinta yang Engkau redhai. Cinta untuk para ibu yang kami cintai, para ayah yang kami kasihi, para sahabat yang kami rindui. Semoga cinta yang membara ini tidak membakar, sebaliknya memeluk kami dengan rahmat dan pertolongan-Mu.

Terima kasih kerana mendoakan saya.

Zaharah Muhammad.

Hara (II)

Tahun 2007, saya hasilkan manuskrip BHS. Siap separuh. Kerana ia novel cinta. Tahun 2009, saya sangat berazam untuk menyiapkan manuskrip BHS. Saya berikhtiar sedaya upaya. Hingga saya namakan tahun 2009 sebagai tahun Ildivo, tahun Frank Sinatra, tahun kitaro, tahun entah apa lagi lagu cinta klasik yang sesuai dengan telinga. Konon, hendak dapatkan ‘roh’ cinta. Pergilah berkubu di KubuKarya (ini memang tempat pertapaan saya). Bangun jam 4 pg, jam 6.45 selak langsir menghadap pintu gelangsar, nampak pokok besar di padang rumput hijau. Sepohon pokok yang sangat rendang. Biasanya jam 9 pagi dan 5 petang, akan ada seorang perempuan India tua akan duduk di bawah pokok besar tersebut. Sesekali dia akan mengejar ayam-ayamnya di padang yang dipenuhi rumput yang subur. Saya menulis dan menulis. Sesekali apabila terasa tulang belakang macam hendak patah, saya pun ke kedai membeli 2 aiskrim, dan saya pun pergi duduk makan aiskrim dengan Aci tua itu. Kami, berhasa itik ayam kerana dia hanya tahu bahasanya sahaja. Lalu kami makan-makan aiskrim sambil senyum-senyum, angguk-angguk. Kadang-kadang kelihatan peluh meleleh di pipinya dan dia tetap tersenyum menampakkan giginya yang merah dan sudah rosak.

Suatu ketika dahulu, ketika di kolej, saya pernah teringa seorang senior yang membebel-bebel tentang makanan halal. Senior dari jabatan fiqh dan usul itu memberitahu, peluh orang bukan islam adalah najis.

Hal inilah yang melambatkan proses menyiapkan manuskrip BHS. Saya mahu jadi matang. Saya mahu jadi terbuka. Islam itu bukan agama eksklusif untuk golongan tertentu sahaja. Sepertimana syurga itu bukanlah eksklusif untuk kita sahaja. Allah, kasih sayangNya, menyeluruh untuk semua makhluk yang Dia cipta.

Apabila saya menamatkan manuskrip BHS, saya telah menghantarnya kepada 3 penerbit yang berbeza. Penerbit pertama, saya email. 3 bulan saya hubungi pihak penerbitan, diberitahu email saya belum dibuka. Saya membatalkan manuskrip saya dan menghantarnya kepada penerbit ke-2. Kali ini saya hantar lengkap dengan salinan bercetak. Selepas 3 bulan, saya menghubungi penerbit, tetapi diberitahu mereka tidak menerima naskah manuskrip saya (mungkin kerana pejabat telah berpindah), saya membatalkan sekali lagi, dan saya hantar ke sebuah penerbitan yang ke-3 (yang saya rasa sangat bagus, kerana kulit depannya yang sangat saya suka). Respons sangat cepat, setuju diterbitkan, tetap perlu diubah latar tempat. Ya, untuk BHS, saya telah ‘bereksperimen’ mereka-reka latar tempat  (kononnya ini kisah melapaui batas geografi, batas kaum sehingga saya mahu pembaca meneka dalam gelap apakah bangsa watak yang ada dalam novel saya). Disebabkan saya telah ‘bereksperimen’, maka saya berpedirian ingin menyimpan manuskrip itu untuk simpanan peribadi. Ya, setiap penerbitan mempunyai ciri khusus yang dikehendaki ke atas sesebuah menuskrip. Saya menghormati dan berlapang dada.

Tiba-tiba, ujian hidup datang bertimpa-timpa. Saya larut dalam peribadi yang menguji. Takdir Allah adakalanya datang dalam bentuk yang tidak pernah kita sangka. Jauh lagi hendak merancang. Atau ada kalahnya ia datang walau sebelum itu kita menentangnya dengan segenap akal yang kita ada. Allah merancang kerana Dia Maha Tahu, sementara kita merancang sekadar apa yang kita fikir dan rasa. Dan perancangan Allah akan selalu menang.

Maka, hanyutlah manuskrip BHS……terumbang ambing. Bertahun-tahun. Ketika Khalila berusia 5 bulan, saya berazam mahu menerbitka sendiri BHS setelah mengubah manuskrip tersebut beberapa kali. Saya berangan hendak melukis sendiri gambar kulit depan novel tersebut. Tapi, lukis 1 gambar, sudah berperang perangan dengan Khalila. Ya, melukis memerlukan masa yang panjang dan fokus. Saya sudah lama tidak melukis. Siap 1 lukisan, saya buat keputusan, tidak guna saya melukis lagi kalau saya terpaksa marah-marahkan anak yang merengek mahu dipeluk. Saya pun tempah satu lukisan dengan seseorang, tetapi sampai sekarang seseorang itu senyap sunyi sepi sehingga saya menghantar email untuk membatalkan tempahan tersebut. Pun senyap sunyi sepi. Betulah perjalanannya.

Dan hari ini, saya menyelongkar lagi manuskrip BHS, saya berhasrat menghantarnya kepada sebuah syarikat penerbitan. Dan saya sedang menyemak semula BHS supaya sesuai dengan kehendak penerbit. Tetapi belum ada jaminan ia akan diterbitkan kerana seperti yang saya katakan awal tadi, manuskrip ini adalah sebuah manuskrip ‘eksperimen’ dari saya, tetapi saya mahu ia kekal dengan bentuknya yang begitu kerana BHS sudah berjalan terlalu jauh. Bukan kerana saya degil tidak mahu mengubah manuskrip saya mengikut kehendak penerbit (atau kehendak pasaran) tetapi setiap kali saya menulis, setiap kali itulah ia memberikan saya pengalaman hidup yang berbeza, sehingga saya rasa kalau ia tidak mahu diterbitkan oleh sesiapa, biarlah ia tinggal di situ, di atas kertas di dalam hati saya….

Beginilah…perjalanan BHS, setelah CESB tidak lagi berdiri untuk menerbitkan novel. Kini, pokok besar di tepi taman yang menjadi ilham saya ketika menulis BHS, telah ditebang. Aci yang menjadi teman saya makan aiskrim itu entah hidup lagi atau sudah ‘pergi’. Sudah berubah semuanya. Dan saya sekarang tidak lagi mampu berkampung bertapa seperti dulu ketika menulis, melainkan diselang seli dengan tangisan anak, dan kerja-kerja rumah yang tidak pernah siap, juga pengajian yang turut tergendala.

Allah, kepadaMulah kuserahkan segenap usaha dan kehidupanku, Perbaikilah hidupku, hatiku, akalku, imanku ke arah jalan yang benar-benar Engkau redhai.

Zaharah Muhammad.

Dharmawijaya & A. Latif Mohidin

Kurnia Hidup 

 Pabila kembang sari yakin ini dalam pencarian

atas segala keluhuran dan kebenaran

maka tiap kurnia di sayap takdir

benarlah selamanya akan mengalir

detik-detik kehampaan

diharap pinta kehidupan

aku dan kalian.

 

Sedang segala saraf dan nadi di gigih jiwa

akan terus berdenyut dan bergetar jua

mengejar cita dan cinta

meski secebis cuma

emas urai kemakmuran dunia

bisa kita rasa antara debar getirnya.

 

Tapi semakin jauh kita di ombak perjalanan

maka terjunjung sudah sebuah penentuan

bahawa dunia ini adalah

bara yang tiada kunjung padamnya

dan hidup ini adalah

derita yang tiada hujungnya.

  

Lantas antaranyalah

bersama keringat dan air mata yang tertumpah

kita rela jatuh bangun sendiri

tanpa diratap tangiskan lagi.

  

[Dharmawijaya, Tanjung Ipoh, 21 Julai 1968]

  

Biarlah Kutiduri Jua

 

Biarlah

kutiduri jua

malamku ini

 

malam 

Terhimpit bulan

di bawah kaca

tersepit bintang

di daun jendela

 

malam

 Sungai mengalir panas

di dada desa

asap mengalir ganas

di bibir kota

 

malam

 Biarlah

kutiduri jua

malamku ini

sesak dadaku

pada ombak yang rata

retak bibirku

pada angin yang luka.

 

[A. Latiff Mohidin]

 

Ahmad Sarju

 

Kedukaan

 Jadilah seperti pelabuhan

angin kemaraan yang lemah

menunggu bayang malam

memunggah sepi dari setiap pelayaran.

Menanti sehingga camar berterbangan

memecah kekalutan dan keletihan

membiarkan sepi memamah

lagu riang menawan suatu perjalanan.

Seperti bunga yang kehilangan cahaya

burung yang kehilangan sayapnya

lagu yang kehilangan nadanya

seniman yang kehilangan bintangnya

dan malam yang kehilangan bulannya.

Kedukaan adalah musuh

pedang penawan setiap manusia

sedia terhunus dan menikam yang lemah

tetapi ia juga nikmat bagi yang insaf

mendekatkan diri kepada kegetuhan peribadi.

[Ahmad Sarju, Klang, 22 Julai 1979]

Kepada Mata yang Ganjil

Manisku….

kiranya kata-kata terpikat ini kebetulan

berpeluang menemuimu

atau lalu di celah-celah bibirmu

maafkan daku, itu matamu

di bawah lindungannya aku beristirah pada suatu petang

dan mencuri selintas beradu

dalam istirahnya kupeluk belai bintang dan bulan

kurangkai satu perahu cereka dari dedaun bunga

membaringkan jiwaku keletihan

memberi minum jiwaku kehausan

memuaskan hasrat mataku.

.

Manisku..

saat kita terserempak, bak pengembara bersua

kesedihanku sepertiku, merayapi jalan

tanpa selubung

dengan langkah kaki yang berat

kaulah kesedihanku

kedukaan dan kehilangan

kesunyian dan kesalan

memeluk sang penyair yang digunakan perjuangan

sajak, manisku, pengembara di tanah airku

dibunuh dek kekosongan dan kehampaan

jiwaku gementar pabila melihatmu, manisku

tiba-tiba kurasa, seolah belati mengalir dalam darahku

menyuci kalbuku, mulutku

melemparkan dengan alis kotor dan tangan menadah

di bawah naungan matamu yang manis.

.

Manisku…

kiranya kita bersua tiba-tiba

kiranya mataku merenung matamu

mendatar, hijau, tenggelam dalam halimun dan hujan

kiranya pada peluang lain kita bertemu di jalan

adakah peluang semata takdir?

lantas kan kucium jalan itu

dua kali.

.

[Muhammad al-Fayturi]

Tidurlah…….

Fikir itulah Pelita bagi hati.
Yangmu dapat kita ingat akan mati.
Ingat-ingat serta fikir sehari-hari.
Dalam kubur kita duduk seorang diri.
Jika hidup kita dapat harta jenuh.
Itu akhir tinggal masuk ke dalam tanah.
Ghalib ikut akan nafsu dengan hawa.
Dari masa tubuh muda sampai tua.
Dari petang nanti pula akan pagi.
Lama-lama hingga sampai tinggal gigi.
Rumah besar kampung luas ada ia.
Itu akhir tinggal juga akan dia.
Wahai…segala anakku sekalian.
Sungguh-sungguh jangan tinggal akan sembahyang.
Di makan lagi zakat dan puasa.
Buatlah olehmu sentiasa.
Dengan susah yang sedikit.
Kamu dapat akan senang lama-lama di akhirat nanti.

[Hamat Yasi, daerah Yaha, 1989]*** Dipetik dari buku ‘Lagu Dodoi Melayu Patani’***

Ratapan Para Syuhada

Kutahu mereka gugur demi membela tanah airnya
bumi ini bumi pejuang darah melimpah
kutahu inilah harga kemerdekaan
suatu yang indah, berukir rintihan
kutahu…..duka di rimba hatiku tiada siapa yang tahu
kutangisi setiap mata yang hilang sinar kehidupannya
kutangisi setiap roh yang mengalir pada bibir cuma.

Ingatlah-
duhai sungai kekayaan yang melimpah subur
kau bumi zamrud dan permata
kiranya menjenguk cahaya rembulan malam purnama
kaulah bintang di bumi keemasan cahaya
kaulah air terjun yang mengalir di pagi hening.

Ingatlah-
delima permatamu paling berharga
dan ingatlah-
musim kebangkitan kembali sebagai detik paling membanggakan,
padanya ribuah mata terbuka
yang pernah hilang cahayanya seketika dan terus hidup
padanya ribuan tangan dermawan
tanganmu yang pernah dibekukan dalam salji kematian.
Dan ingatlah-
sungai darah sungaimu yang paling berharga
mengalir dari urat darah anak-anak-generasi yang rela berkorban-
meresap dari larut bumimu yang subur harum
sesudah mereka kembara di mana-mana.
Semuanya pergi kemabukan sepanjang jalan
dengan pemuda cergas dengan harapan menghijau, denan hasrat,
ada lupakan dunia, gilakan kekasih,
ada menanam benih kebajikan,
memungut kebajikan, bunga dan lagu,
merancang memetik buah bibir-bibir mereka…

Mereka manusia seperti orang lain,
punya kelemahan, keazaman dan keinginan,
harapan beragam, dan kerinduan yang menyiksakan,
kemudian….pabila lagenda kejahatan memecah mimpi mereka;
dan satu soalan mencabar, dengan gemanya mendadak dan parau;
“Adakah itu keadilan dan kematian kejahatan,
atau cita-cita yang menguburkan hidup?
suatu hidup patut menyerah, atau penolakan kepala batu?”
mereka putuskan keazaman…dan pusara-pusara kosong diisi
dengan pemuda cergas, dengan harapan menghijau, dengan hasrat,
dengan hidup merdeka diberi bebas,
melimpah dari lubang-lubang gelap pusara.

Beginilah mereka menyongsong maut, selainnya masih mengikut lorong
                                                                                                                  sama,
mereka mimpikan takdir yang tak bisa dihindari, generasi pengorbanan!

Kengerian mendemam membanjiri nuraniku, dan mengalirlah
air mata kesedihan, serta sekilas kebanggaan.
Salma al-Khadra al-Jayyusi

Kata Ayah

Sewaktu nasi tumpah ke tanah
Kata ayah, ia bukan rezki untuk kita
Saya memandang putih mata
Mencari makna pada usia yang terlalu muda.

Sewaktu petang menua pulangkan warna terang
Kata ayah, itulah anugerah Tuhan untuk kita
Saya merenung dalam penuh tanya
Mencari makna malam dan gelap yang datang.

Sewaktu usia membawa saya kepada remaja
Kata ayah, ia adalah tempoh yang paling mahal
Saya mengira dengan akal
Mencari berapakah mahalnya harga usia.

Kata ayah, maruah adalah cinta
Hanya satu tiada dua
Anugerah paling berharga, jagailah ia dengan nyawa.

Kata ayah, perempuan adalah rahsia
Penuh rasa malu tercipta
Tanpanya benteng takkan tega
Menongkah perit cubaan dunia.

Kata ayah, lindungilah dirimu wahai anak
Dari sinar panahan syaitan
Yang menunggu waktu kau layu
Dia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan.

Kata-kata ayah saya simpan dalam peti azimat
Buat bekal di perjalanan
Apabila saya terasa hidup ini cukup penat
Ia akan jadi pedoman yang mengingat.

Kini,
Setika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
Dengan segala rasa payah, saya mencari makna kata-kata ayah
Saya pegang amanah maruah
Saya junjung beban kasih yang melimpah
Hanya kerana pesan ayah, bahawa
Cinta itu wahai anak
Bukanlah benda yang dapat dicari
Tidak juga boleh dibeli
Jauh lagi untuk dimusihi
Pun bukan untuk dipenuhi
Atau untuk dibinasai.

Cinta itu wahai anak
Adalah yang mewangi bila diuji
Yang tabah bila disakiti, yang redha bila dilukai
Yang tidak hilang bilamana musim berganti.

Kau akan berjaya
Bila siang yang terang tidak mampu memanah kulitmu
dan malam tidak mampu menggelapkan hatimu
dan ujian tidak mampu meruntuhkan dirimu
dan cinta tidak mampu menurunkan darjatmu
dan kegembiraan tidak mampu membeli kekhusyukanmu
dan pada ketika itu
kau akan merasa dunia ini manis dalam ujian yang pilu
kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
pada ketika cinta sejati yang Tuhan kurniai
tidak mampu mendorongmu menyerahkan harga diri.

Sebaliknya,
Kau tetap segar dan mekar
Di dalam pagar syariat yang kukuh, utuh dan ampuh
Kau melindungi diri
Kau dilindungi Tuhan Yang Maha Tinggi.

Demikian, pesan ayah saya simpan
Di sudut hati yang paling suci
Mengisi segala nilai-nilai murni!

[Zaharah Muhammad, Sungai buloh]

 

Engkau Yang Bernama ‘Angin’

Puisi pada pagi terakhir aku di sini. Untuk engkau yang bernama ‘angin’ dan selalu kupanggil sebagai ‘ilham’.

Kumiliki damai tersembunyi, di lipatan ribuan dukaku
Bersamanya kubina sebuah dunia, sepi mencari makna.

Kulari dari senjaku yang kelabu
Meneguk angin di daerah sunyi dan kelu
Kalaulah ‘angin’ tahu
Sumber ilhamku adalah dari takdir kasihmu
Dan ia pergi bukan kerana aku yang membenci
Tetapi ia yang tidak belajar
untuk mengerti.

Aku jatuh ke bumi
Bak burung yang cedera kaki
Lantas kuseru pertolongan
Rupanya di celah tunggul mati
Terselit bunga harapan yang belum tumbuh lagi.

Kuberdamai dengan malam yang kelam
Menyisir bayu di daerah sunyi dan berbalam
Kalaulah bayangan semalam
Mampu kupadam
Mungkin tidak pernah wujud seni dan ilham
Dan aku perlu bersyukur pada jalan ini
Yang ada kalanya tidak pernah terang
Tidak pernah tenang
Tidak pernah menang.

Duhai ketenangan, betapa indah wajahmu kugambarkan
Meski pada malam pekat, sinarnya penuh dan sempurna
Kusemadikan ke dalam hatiku, rahsia
Susah dan payah ini akhirnya
Akan jadi penghabisan
Untuk sebuah pengharapan.

‘Ilham’,
Pada malam kuseru namamu
Kutenggelam dalam sinar pasrah yang jitu
Bersama bulan kudendangkan syair munajat
Kesakitan terasa bagai berazimat
Di sisinyalah ada segala nikmat
Kiranya dapat kurenung matamu, dan kemudian terus berbahasa
Biru dan hitam
Tenggelam dalam bisu dan hujan
Api ilhamku mungkin takkan padam
Meski pada ketika malam berhujah dengan kejam.

Kembali kumenunggu fajar
Meski malam dan ‘ilham’ enggan berpisah
Fitrah dan takdir justeru seiringan
Tak ingin kumungkiri dengan harapan
Kerana ia tetap muncul jua
Andaikata semalam boleh kupadam
Mungkin tidak wujud seni dan ilham.

Pagi ini datang juga,
Pada saat aku tiba pada masanya
Berangkat meninggalkan ‘angin’ dan sepi
Menutup jendela dari dunia kecil
Sementara pagi mewarnakan langitnya
dan waktu meniupkan serulingnya
dan takdir menuliskan catatannya
dan kasih sayang terus menuntut pengorbanannya.

Pagi ini datang juga
Dan ‘angin’ harus mengerti bahawa
warkahku kepadanya semalam
Yang dibacanya penuh sangsi dan waham
Sebenarnya adalah benar
Penuh kebenaran meski ada padanya keraguan
Kerana yang paling benar, terlipat bersama perasaan
Di sini dan pada lapisan yang paling dalam
Ada kucatatkan namanya sebagai ‘ilham’
Tidak pernah padam.

Demi kehidupan, tidak pernah ada padanya kepastian
Selain kematian
Dan andai ‘angin’ sedang mengikat janjinya di sana
Cuba memadamkan segala macam kenangan
Yang pernah dibawanya ke sini
Tidak ada kepastian, segalanya adalah sesuatu
Yang pada sekalinya pernah membohongi
Tetapi yang benar tetap ada tersimpan di sini
Di lipatan yang paling dalam, di dalam hati.

Duhai,
Tetap perlu kuberangkat
Menyongsong mentari
Meninggalkan semalam yang telah pergi
Pada jalanan masa depan yang tidak pasti
Dan aku percaya, sekiranya ada
Segala kepedihan ini hanyalah sekadar
Suatu kenangan pahit.

Demi,
Telah kubina dunia kecilku
Dan kuruntuhkannya pula
Tidak pernah kuserik untuk membina semula
Kerana kuulangi di sini,
Segala apa yang pernah kulukiskan ke dalam hatimu, ‘angin’
Walau telah kau singkirkan, pada pagi yang mendung semalam
Berkali-kali ingin kuulangi lagi;

‘lham’,
Aku menyerumu datang
Tanpa persefahaman, aku dengan keteguhan ucapanku
Dan engkau dengan andaian wahammu
Lalu engkau pergi mengulang sejarahmu sendiri
Namun perlu kau ingat ini, pergimu bukan kerana kubenci
Hanya mungkin benar engkaulah yang tidak belajar untuk memahami
Atau aku yang tidak ditakdirkan untuk tahu menghargai!

Dan,
Pada senja
Pada malam
Pada pagi
Pada setiap kali pengucapanku menafikan
Kebenaran tetap terserlah dari batinku
Aku tetap menanti engkau kembali
Kerana seperti yang pernah kuulangi keseribu kali ini
Andai kupadamkan masa laluku
Dan melupakan engkau, ‘angin’
Tiadalah seni dan ilham
Dapat bersatu di celah-celah jemariku.

Dan aku akan berangkat, mengendongmu ke dalam bebanan hatiku
Telah kuakrabkan engkau, bagai air mata
Tiada kembalinya setelah ia menitis
Di situlah semadinya, di sinilah makamnya
Namamu….
Kerana aku dan ‘ilham’
Adalah sebuah takdir Tuhan!

Bersama atau berpisah, penyatuannya tetap ada
Kerana kematian itu ada
Kerana syurga itu ada….!!!

*****Untuk adindaku Aisyah, jangan kau gadaikan agamamu untuk nikmat dunia yang sebentar. Ketahuilah, pengucapan cinta itu mudah, sedangkan hakikat kehidupan itu teramatlah payah. Pengucapan yang penuh manis itulah yang kadangkali banyak membunuh jiwa manusia!****