Izinkan Mimpi Berulang

Insya Allah, ‘Izinkan Mimpi Berulang’ akan menemui pembaca pada Januari ini. Bagi semua pembaca yang pernah mengikuti novel saya sebelum ini, ‘Izinkan Mimpi Berulang’ adalah kisah perjuangan hidup dan persahabatan yang akhirnya membawa Fatimah jauh dari impiannya, namun kekuatan dan impiannya terhadap keluarga yang dicintainya, tidak pernah dibiarkan menuju ke jalan mati!

Untuk membaca prolog, sila klik di sini » Prolog-IMB-ZM

Untuk melihat kulit depan, sila klik di sini » cv-imb-zm.jpg

19 thoughts on “Izinkan Mimpi Berulang

  1. x sbr nak tunggu buku akak kuar…
    harap2 saya terlebih dulu mendapatkannya sbb kakak sy mungkin dalam berpantang lagi…heheh

  2. akak, dh dpt buku nie…jumpe pulak kat popular~alhamdulillah…sampai jugak buku akak kat swk nih…syukur pada ALLAH yang mengurniakan ilham….n terima kasih pada akak yang meyampaiknnya…

  3. assalamualaikum.
    izinkan mimpi berulang….
    penceritaan yang menarik. mempunyai sisipan terjemahan zikir dan munajat mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. bagi mereka yang membuka hati secara rela dan redha semasa menelusuri penceritaan ini pasti akan terasa akan pengajarannya. saya terpaksa menangguh waktu tidur untuk menghabiskan separuh yang terakhir. mungkin terlalu sensitif sehingga tangisan hati terpaksa zahir dengan jujuran air mata kerana sedih dan gembira. tahniah puan zaharah. looking forward to your next novel.

  4. Salam kak zaharah..

    subhanallah, saya peminat akak.. saya pernah beli novel maafkanlah aku sebanayk 3 buah. dihadiahkan pada sahabat2..syukran, izinkan mimpi berulang baru je ketemui.. syukran wa alfu mabruk!!!

  5. Salam,

    Kak Zaharah,harap sihat. Saya dah baca buku Hatiku Milikmu.Buku dah lama tapi saya yg baru baca..ehhehe..Best sesangat…Lain dari yang lain. Novel berkonsepkan ketuhanan.Jarang ada penulis yg mengetengahkan konsep penulisan sedemikian..Saya cukup teruja membacanya..Di saat hati saya rawan kerana kehilangan seseorang, bait-bait ayat dalam novel ini seolah-olah mewakili apa yg hati saya rasa waktu itu…Dan sememangnya saya kena pasrah pada ketentuan Ilahi…Tahniah kak zaharah..harap saya dapat mengikuti novel-novel akak yg seterusnya..all the best…

  6. kak zaharah, sy mmg peminat akak..
    sy suka smua novel akak..tapi bg sy yg paling best novel Mencari Kekasih!Sy dah beli 3x sbb ada yg hilang, org pinjam..jadi sy sanggup beli yg baru..hehe..
    cerita dia mmg best dan pengakhirannya mmg sedih!
    sy smpai menangis2…dah baca bbrapa kali pun masih gak menangis..
    novel Mencari Kekasih ni sy selalu rujuk utk mendapatkn kata2 indah yg terdpt di dlmnya..
    Sy sungguh gembira krna dpt berpeluang mengenali novel2 akak krna sy sbnrnya bukanlah pencinta novel..

  7. Boleh tahu novel zaharah ni diterbitkan oleh siapa? sebab saya cari di gerai novel creative masa pesta buku tiada. Gagal mendapatkannya. Semua buku zaharah sudah dibaca dan dijadikan koleksi, Harap sangat untukmemiliki yang satu ini juga..

  8. Assalamualaikum.. kak zaharah.. saya minat sangat dengan buku akak yang mencari kekasih.. ibrahnya sangat berkesan di hati.. saya baca berulang kali pun asyik menangis jer… akak, saya nak novel izinkan mimpi berulang kak… =( susahnya nak dapt…

  9. saya nak berkenalan dengan akak.. dari cara penulisan akak saya… saya rasa macam sedih sangat.. saya tak boleh terima mula-mula watak utama mati,tapi bila semakin besar saya faham matlamat kita adalah mencari cinta Allah.. mati adalah menyampaikan cinta kpada Allah.,.^^ saya suka sangat dengan kak zaharah….

Leave a comment