Novel dan Anxiety Disorder (Panic Disorder)

Apabila saya baca semula kesemua novel saya, setelah 10 tahun tidak menghasilkan karya baru, saya mula menerima hakikat, ini adalah novel-novel yang ditulis oleh seorang perempuan yang diuji dengan masalah Anxiety Disorder. Itu sebab kenapa saya mampu menulis novel sedih sampai 700 mukasurat – sedangkan pada ketika saya menghasilkan novel-novel tersebut, karektor saya di luar adalah seorang yang kepoh, kalau kena tempat dan masa, memang peramah tak tentu hala, dan ketika zaman kolej dulu ramai senior yang kata saya ni kelakar dan ‘vongoks’.

Realitinya, dalam nadi saya telah hidup turun temurun darah anxiety ini. Pada peringkat awal, ia bagaikan ‘sumber ilham’ yang memberi saya kekuatan menghasilkan novel yang dianggap sangat sedih oleh pembaca hingga menusuk hati. Namun, sampai suatu tahap, ia tidak lagi mencetuskan emosi positif sehingga semua ilham bagai mati ditelan bumi –  hilang semua. Yang tinggal adalah tunggul-tunggul kesedihan. Hingga sampai suatu tahap akhirnya saya dengan dada terbuka bertemu dengan pakar psikiatri (selepas berkahwin dan mendapat anak). Akhirnya saya pun tahu, saya mewarisi emosi ini turun temurun, tetapi sayangnya tidak semua orang mampu berlapang dada dan pergi berjumpa pakar- malah ramai yang sedaya upaya cuba menafikan malah lebih gemar menganggap ia sebagai ‘penyakit misteri’.

Novel-novel yang telah saya hasilkan sebelum ini,  sebahagianya adalah pendirian saya, namun yang lebih banyak adalah emosi (anxiety) itu sendiri. Saya tahu, ramai di luar sana menghadapi gangguan yang sama seperti yang saya alami, tetapi sama ada tidak menyedarinya atau cuba untuk tidak memahaminya atau cuba menafikannya.

Insya Allah, saya akan cuba berkongsi berkenaan Anxiety Disorder ini apabila ada kelapangan untuk menulis.

Salam sayang,

Zaharah Muhammad.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s