Binti Muhammad

binti_muhammad@yahoo.co.uk

Tenang

Posted by Zaharah on April 5, 2009

2012_640x4801Tuhan,

Aku ingin berbicara dengan-Mu dalam bahasa tenang. Bahasa rindu!

Posted in Lepas Perasaan | 2 Comments »

Awal dan Akhir Untukku

Posted by Zaharah on March 20, 2009

 

watermark1Bila Engkau mengetuk pintu hati, beginilah aku. Beginilah aku datang kepada-Mu. Dalam keadaan begini, terimalah aku. Terimalah! 

 

Aku merapati-Mu, bagai alam ini yang di dalamnya ada diriku. Milik-Mulah semuanya. Bagaimana Engkau tidak menerima aku, sedang yang ada pada diriku, semuanya milik-Mu. Dan terimalah aku, untuk kali ini, dan untuk kali yang ke seterusnya. Sejauh mana pun hatiku pergi, cuba lari dari mengingati dan mentaati-Mu, hakikat yang ada dalam hatiku itu tidak pernah mengubah kedudukan-Mu. Engkaulah yang awal dan akhir untukku. Aku tidak mampu bernafas walau sesaat, tanpa cinta-Mu, tanpa bimbingan-Mu. Terimalah Aku!

 

 

 

 

Posted in Lepas Perasaan | Leave a Comment »

Palestine Dihatiku

Posted by Zaharah on March 20, 2009

Palestine Dihatiku” di Stadium Malawati pada 22 March ini jam 9.00 pagi. Dijemput datang.

Posted in Palestine | Leave a Comment »

LTSI [?]

Posted by Zaharah on March 12, 2009

Tuhan, Ajarkan aku bagaimana untuk bercinta. Ajarkan bagaimana cinta boleh manjadi syurga. Tunjukkan bagaimana cinta boleh wujud sebagai panduan untuk jalan kembali yang Engkau redhai. Kerana Engkaulah yang awal dan akhir untukku! Tempat aku kembali mempersembahkan segala amal baik dan burukku.

Insya Allah, karya terbaru saya ini akan menemui anda, untuk sesiapa yang masih belum merasa bosan dengan tema penulisan saya. Insya Allah. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Posted in Novel | 8 Comments »

Kau Tak Akan Berhenti

Posted by Zaharah on January 31, 2009

Kau Tak Akan Berhenti

 

Di atas runtuhan keamanan

Kau bina sebuah kehidupan

Yang dekat dengan kematian

Tanpa pembelaan

Kau tambat rakit mimpi

Di tepi sungai darah ayah ibumu

Kau tanam bunga cita-cita

Di kebun darah adik-adikmu

 

Apabila detik itu sampai

Semua kedukaanmu akan hilang

Hanyir darah kan jadi harum

Itulah nikmat kematian

Jangan berhenti

Ketika langkahmu terasa siksa

Semuanya kan jadi indah

Bila kau lupa kesakitan

Bila kau genggam janji Tuhan.

 

Kutahu kau tak takut akan kematian

Degup jantungmu yang berderai

Impianmu yang amat mahal

Tidak kau jual dengan kerehatan

Tidak kau gadaikan dengan keindahan

Dunia bagimu hanya seminit

Penderitaan hanya sesasat

Bila kau kenang syurga dan akhirat

 

Beginilah kau menulis kematian

Atas tanah

Dengan  dakwat merah

Kau tak akan berhenti

Selagi tanahmu terus dicabuli

Kau tak akan berhenti

Kerana kau yakin syurga sedang menanti!

 

 

Zaharah Muhammad,

Lee Kong Chian Reference Library, Singapore

Posted in Palestine, Puisi | 8 Comments »

RISE FOR GAZA

Posted by Zaharah on January 8, 2009

 

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA

 

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin

Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h

Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.

Lokasi : Stadium Melawati Shah Alam

Objektif:

1-      Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.

2-      Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.

3-      Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.palestin.org

Nota Zaharah : Sila bawa banner yang bertepatan untuk mengutuk rejim Zionis

Posted in Palestine | Leave a Comment »

Lega!

Posted by Zaharah on November 28, 2008

Alhamdulillah. Peperiksaan sudah tamat. Barangkali, ini adalah peperiksaan yang terakhir yang perlu saya duduki di dunia. Kembali ke gua. Lega! menumpukan kembali kepada proses menternak badan dan menumbuhkan semula rambut-rambut yang telah gugur :D

Dan…novel-novel yang terbengkalai diselongkar kembali. Tetapi, tidaklah pasti bila akan siap. Kalau dapat siap pada 2008, saya perlu menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri. Doakan saya tidak tersesat di dalam gua yang gelap tetapi menenangkan ini.

 

Posted in Penjara Dunia | 4 Comments »

Allah!!!!

Posted by Zaharah on November 5, 2008

Yang bercelaru,

Dalam hatiku biarkan ia pecah

Seribu, datang tenang bawa pergi seribu

Celaru!

 

Allah!!!!

Aku seru nama-Mu bertalu

Bertalu kuseru nama-Mu dalam hatiku

Bergema, bawa pergi segala celaru

Datanglah tenang, hilangkan sendu

Celaru!!!

 

Allah!!!!

Aku seru nama-Mu

Bertalu!!!

Aku seru sepenuh rindu

Bertalu-talu, aku rindu

Dekat pada-Mu!!!

 

Allah!!!

Jangan jauhi aku jangan

Tinggalkan aku jangan

Aku seru nama-Mu bertalu

Penuh rindu jangan jauhi aku

meski selaut dosaku, jangan

Jangan tinggalkan aku! Jangan padamkan

Cahaya pedoman-Mu

Jangan padamkan jangan

Aku ingin tenang dengan-Mu

Tanpa CELARU!!!!

 

Allah!!!!

Allah!!!!

Allah….aku seru-Mu

Sehingga nafasku menyusut

Hilang sakitku!

Posted in Puisi | 2 Comments »

Hilang!

Posted by Zaharah on September 10, 2008

Salam ramadhan untuk semua.

Lama tak merapu-rapu dan berjiwang-jiwang kat wordpress saya ni. Weh, macam mana ni? Manuskrip tak bergerak-gerak ni. Arrgghhh…….

Nampak gaya nak kena mandi air mawar yang orang buat jirus kubur tu agaknya! Hu hu hu. Otak rasa macam siput dah. Tua-tua macam ni. Hmmm…….

Posted in Lepas Perasaan | 2 Comments »

Diri

Posted by Zaharah on September 10, 2008

Ada menebusi. Pertanyaan yang bergema dalam diri. Soal-soal akar. Umbi. Mengapa aku di sini? Jalan-jalan yang payah. Bukan kehendak. Ia ada terbentang. Jadi sunnah. Mengapa aku di sini? Begini? Ke mana aku selepas ini? Bagaimana?

Tuhan! Aku ada kerana Engkau ada. Aku dan diriku. Adalah rahsia-MU.

Posted in Penjara Dunia | Leave a Comment »

Ramadhan Dan Hujan

Posted by Zaharah on September 4, 2008

Sayu dan dingin. Ramadhan dan hujan. Ujian dan harapan. Menanti sebuah kesudahan!

Posted in Sentimental | Leave a Comment »

Harus Kembali

Posted by Zaharah on June 29, 2008

Salam.

Sudah lama saya tidak menulis panjang di dalam blog saya ni. Kalau tulis pun, pendek-pendek dan malas-malas. Bila sibuk, begitulah. Ada perkara nak dikongsikan, ayat-ayatnya jadi hilang semua. Apa pun, kali ini saya rasa saya nak menulis. Tidak banyak, sedikit pun jadilah. Novel-novel saya yang dalam proses pun terbengkalai hampir dua bulan. Dua bulan yang lepas, sibuk exam. Sekarang, sibuk yang lain pula.

Dari 1 Jun saya bermusafir, ke Thailand dan kemudian ke Cambodia dan sekarang di Vietnam. Perancangan ingin menamatkan perjalanan di Hanoi pada 5 July sebelum kelas bermula 7 July. Namun, ketika tiba di Bandar Ho Chi Minh semalam, kesihatan saya tidak mengizinkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Hanoi. Batuk dan demam. Segala ubat yang saya bawa tidak berkesan. Mungkin kerana terkena habuk yang teruk sepanjang 7 hari di Cambodia. Juga cuaca yang teramat panas. Disebabkan saya bermusafir seorang diri, maka saya tidak mahu mengambil risiko atas masalah kesihatan yang boleh membuatkan keadaan jadi tidak terurus. Mungkin Allah izinkan saya sampai di sini saja. Alhamdulillah, walaupun seorang diri, Allah telah permudahkan segala urusan saya sepanjang mengembara di tiga buah negara Asia Tenggara ini. Segala puji bagi Allah. Semoga segala urusan saya akan dipermudahkan sehingga saya tiba di Malaysia semula.

Ziarah kali ini, InsyaAllah akan saya ceritakan di dalam blog ini sekiranya saya berkesempatan, terutamanya ketika saya melawat perkampungan masyarakat Islam di Kampung Cham dalam edisi menjejak kasih yang ke-2 selepas edisi jejak kasih ke Bangkok tahun lepas. Kehidupan mereka yang amat dhaif, adalah suatu tarbiyah rohani bagi saya dalam perjalanan kali ini. Semoga saya diberikan hidayah sehingga saya mati.

Insya Allah, saya akan bercerita lagi.

Zaharah, Ho Chi Minh City, Vietnam.

 

Posted in Sentimental | 7 Comments »