Perasaan rindu terasa bagai jalan yang kita tinggalkan di belakang, lorong yang menghubungkan kita dengan masa lalu. Alangkah, kalau masa lalu itu indah-indah, mungkin rindu akan memaut kita untuk menoleh, kemudian memandang dengan penuh tenang.
Saya sentiasa membayangkan andai masa lalu itu umpama sebuah hutan hijau yang dingin, nyaman, indah dan suci. Tentu dalam usia yang makin menghampiri senja begini, saya masih mampu tersenyum dalam tenang. Sebaliknya, hakikat seorang saya tidaklah begitu. Saya sentiasa terfikir, alangkah masa lalu itu dapat dipadamkan daripada kanvas hidup. Alangkah, kalau tidak ada laluan yang menghubungkan emosi hari ini dengan masa lalu. Oh, agaknya, tentu saya masih mampu tersenyum kalaupun pada ketika hari sedang mendung.
Dalam masa enam tahun, saya telah menghasilkan lima buah novel. Novel untuk golongan yang terpencil (golongan yang menderita, sedih, atau apa saja). Setelah enam tahun, dan menyelak semua karya-karya yang pernah saya hasilkan, ah, terasa malu. M.A.L.U. Entah apa-apalah yang telah saya hasilkan. Sungguh entah apa-apa. Ada banyak pandangan hidup yang telah saya tulis, hari ini ia telah berubah. Berbeza daripada apa yang pernah saya gambarkan. Banyak yang telah berubah. Sebagaimana diri saya yang juga telah banyak yang berubah (pemikiran, perasaan dan sebagainya), begitulah juga dengan apa yang ada di dalam novel. Tiba-tiba saya rasa, alangkah kalau novel-novel itu terpadam daripada masa lalu saya, alangkah baiknya. Tidaklah saya perlu berasa malu kepada diri sendiri dan kepada orang yang pernah membacanya. Namun, sesungguhnya, masa lalu itu telah menjadi besi. Ia bukan lagi seperti kanvas putih yang mampu kita corakkan mengikut apa yang kita hasratkan. Semuanya sudah tidak mampu diubah. Ia telah begitu dan sentiasa ada di situ.
Anehnya, walaupun saya menganggap masa lalu saya sebagai sesuatu yang memalukan, mengaibakan, dan tidak mulus semuanya, tetapi saya merasakan bahawa pada hari ini, saya lebih mengaibkan dan memalukan jika ingin di bandingkan dengan masa lalu yang telah memalukan dan mengaibkan itu. Perasaan begini terasa sungguh berat. Emosi terasa sungguh dibebani. Saya seakan-akan terlupa apa itu rasa bahagia. Ya, itulah yang sering saya rasakan ketika diam dan duduk merenung ke dalam diri sendiri. Itulah yang ikhlas saya rasakan setiap kali menadah tangan ketika menghadapNya. Itulah yang ikhlas saya rasakan ketika menilai kedudukan saya di sisiNya. Alangkah malunya….
Rupanya saya terlupa. Tentang hikmah yang pernah saya kutip daripada kehidupan yang dilalui. Kebahagiaan tidak pernah ada di dunia. Kerana semakin hari, hati akan semakin dikotori. Kekotoran, keaiban dan kesalahan itu semakin bertambah setiap hari. Yang tinggal hanyalah, doa yang tidak pernah berhenti, mohon agar Allah memberikan saya perasaan tenang. kalaupun kebahagiaan itu tidak lagi ada, mohon Allah simpankan sedikit untuk saya akan perasaan tenang. Itu saja yang termampu bagi seorang hamba yang banyak dosa. Itu saja. Yang selebihnya, semoga Allah menunjukkan saya jalan yang benar, jalan yang Dia redha, untuk saya terus menjalani kehidupan yang masih tersisa, memenuhi takdir perjalanan hidup saya, menyempurnakan tanggungjawab yang masih belum selesai.
Semoga saya dapat melaksanakan tugas-tugas saya yang terakhir ini dengan lebih baik daripada semalam. Ia mungkin kendengaran seperti pesimisme. Tetapi itulah kebenarannya. Bagaimana saya ingin rasa gembira pada ketika saya menoleh ke belakang dan melihat sejarah hidup saya bagaikan sebuah hutan yang telah terbakar?
Itulah yang sedang saya rasa. Dan itulah yang membuat saya rasa sudah tidak layak berkarya dan menulis tentang kebaikan kerana terasa diri sudah tidak layak untuk menyatakan tentang itu.
Hidup ini sungguh rumit. Semoga saya tidak akan berputus asa untuk berkarya, kerana sedari mula lagi, karya-karya yang saya hasilkan adalah suatu pentarbiyahan untuk diri sendiri. Suatu nasihat untuk saya jadikan panduan dalam kehidupan saya sendiri.
Zaharah Muhammad.

Salam,
Pelik bunyinya post akak kali ini. Seolah, karya-karya akak tidak lagi memberi makna. Namun, pada seorang saya, ia tetap mengujakan. Malah ia cukup memaknakan motivasi jiwa, menilai diri disisiNYA sentiasa. Dan saya masih tetap menunggu karya akak seterusnya hingga kini. Apapun, moga DIA menabahkan hati akak sentiasa, meluruskan jalan kebaikan dilalui dan menggenggam jiwa akak untuk selalu dekat denganNYA.
Nobody’s perfect. DIA lebih mengetahui atas setiap ciptaanNYA.
Lin, akak pun rasa post akak kali ni pelik. Hehehe. Sebenarnya, akak bukan berasa karya akak itu tidak bermakna, tetapi ada sesetengah daripada pandangan yang akak kemukakan di dalamnya bila dibaca semula pada usia yg begini, terasa seperti..”Owh, naifnya (boleh juga dianggap jahil @ tidak matang)” itu saja. Mcm kebudak-budakan. Macam kita baca semula karangan kita ketika di sekolah dulu. Mcm tulah perasaannya. Tentulah, karya itu bergerak seiring usia.
Akak sedang mengusahakan novel baru sekarang. 99% siap. Doakan akak, ya.
Wah, novel baru bakal keluar ker!. Congrats…Dah lama tertunggu-tunggu baby baru akak…InsyaAllah, doa untuk akak sentiasa, moga ilham selalu ada. Yang sedihnya, dalam kelima-lima novel akak tu cuma satu jerk yang saya baru dapat ‘IMB’. Tu pun covernya mak aiii berlipat seribu. Sebab terlebih lipat la, dapat diskaun sket ihiks…lipat pun lipat la asalkan dapat. Kat Besut ni, susah kak nak cari ermm…Semua kedai takde. “IMB’ tu pun dapat kat MPH, Mid Valley. Satu tu jerk yang tinggal. Nasib baik ada lagi. Tapi, belum give up lagi ni nak dapatkan yang empat lagi tu hehehe…
Nanti kalau dah keluar novel baru akak tu, bagitau yerk…
Lin, kalau susah nk dapat, email pada akak tajuk…nanti akak cuba cari di galeri cesb…. email akak: zaharahmuhammad@ymail.com
aslkm kakak..hamdan lillah
heheh
knp post ni mcm bunyi hilang smgt pn ada. akk jgn gini. waktu sy give up dulu, akk selalu hembuskan semangat. Allah mewasilahkn akk kpd sy..
kakak, sy tunggu novel baru kakak
doa sentiasa mengalir untuk akk
doakn sy jgak yea
Hanisah, kadang2 emosi kita kerap berbaur denga sesuatu yg merisaukan.
Terima kasih atas doa dan sokongan adik.