Khuatir
08 Thursday Apr 2010
Posted in Sentimental
08 Thursday Apr 2010
Posted in Sentimental
05 Monday Apr 2010
Posted in Penjara Dunia
Perjalanan ini sungguh rumit
Bagi kami yang ditinggalkan untuk mentafsir warna langit
Kerana rindu ini sungguh perit.
Hujan tidak berhenti
Walaupun perjalananmu telah berakhir di sini
Penantian tiada lagi beza
Antara hilang dan lupa
Semuanya tidak akan ditinggalkan begitu sahaja
Kerana rindu ini sungguh segar
Mengalir
Bersama nadi.
Kami terkapai-kapai di sini
Dilindungi langit
Kebenaran tersembunyi
Di balik awan suci
Sedang engkau telah mamasuki
Pintu cahaya Ilahi
Melihat kebenaran-Nya yang hakiki
Kau sedang melihat kebenaran-Nya
Sementara tanganku masih menggigil
Jiwaku masih renyuk dalam rindu
Yang sukar kutafsir.
Kak, kita sama-sama mencari kebenaran-Nya
Ketika kita melewati hari-hari kita yang payah
Dan meletihkan…
Engkau tidak pernah berputus asa
Kerana katamu, kebenaran-Nya adalah yang terindah
Untuk kita dapatkan…
Dan…apabila tiba hari penentuan
Engkau sampai dahulu…
Pergi meneruskan perjalananmu
Ketika pintu kebenaran terbuka
Engkau pergi meninggalkan aku
Kaku di bawah langin tanpa warna biru..
Kak, kutahu puisiku ini
Tidak lagi akan sampai kepadamu
Tetapi, demi meredakan hatiku yang rindu
Dan jemariku yang tidak berhenti mengigil
Kuluahkan juga ia
Sebagai suatu suara yang tak mampu kuluahkan semuanya
Yang sedang bergema di dalam dada
Betapa aku rindu!
Semoga engkau sedang bergembira
Melihat kebenaran-Nya
Aman dalam dakapan rahmat kasih sayang-Nya
Sesungguhnya, budiku kepadamu selama hidup
Tidak memadai dengan apa yang kau beri
Tetapi aku percaya…
Allah lebih berhak membalas kasih sayangmu
Kerana kasih sayang dan cinta-Nya
Jauh lebih bermakna berbanding dengan apa yang mampu kuberi.
Dengan itu,
Dalam kebahagiannmu itu..aku tetap ingin melafazkannya..
Ketika angin bermelodi di lereng bukit perjalanananku
Dalam keadaan merangkak-rangkak kucuba naik ke puncak itu
Untuk melihat kebenaran-Nya yang hanya ada di sebalik MATI
Izinkan jua aku mengucapkannya…
Kak, aku mencintaimu…
Kerana Allah. Kerana Allah melimpahkan ke dalam hatiku
Perasaan yang begitu!!!