Sebaik saja mendapat berita thesis saya lulus, saya juga mendapat berita kakak sulung saya yang berusia 41 tahun disahkan mengidap kanser hati pada 22 Jun lepas. Namun, doktor masih tidak dapat memastikan kedudukan sebenar sehinggalah khamis lepas, 2 Julai, doktor mengesahkan kakak saya mengidap kanser hati (peringkat akhir).
Innalillahiwainna ilaihi rojiun. Saya hanya mampu tunduk berdoa, semoga Allah ampuni kami, dan mengambil kami kembali ke sisi-Nya dalam keadaan yang DIA redha. Ujian ini tandanya, DIA tidak melupakan kami.
Mohon kepada yang sudi, agar memanjatkan doa supaya dipermudahkan untuk kami sekeluarga. 13 Julai nanti, kakak saya dijadualkan menjalani kemoterapi. Tetapi kebanyakan ahli keluarga membantah, termasuk ma dan ba saya, atas alasan-alasan tertentu.
Namun, saya serahkan semuanya kepada Allah. Semoga Allah berikan kami kekuatan dan ketabahan. Selebihnya, hanya Dia yang berhak menentukan apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.