Binti Muhammad

binti_muhammad@yahoo.co.uk

LTSI (2)

Posted by Zaharah on May 25, 2009

Lega dapat balik ke Sitiawan. Rasa macam dapat balik ke kubu. Kelmarin, sempat tidur di ipoh semalam. Bergelak ketawa dengan Kak Ngah. Bukan gelak kosong. Kak Ngah memang kelakar walaupun mukanya sentiasa kelihatan serius. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya, ada unsur2 sufi, tetapi kelakar. Sebab lama tak jumpa, malam jadi pendek sebab leka bersembang. Saya kata, alangkah baiknya dapat duduk dalam gua. Tenang. Nak makan ikan, pancing dalam sungai. Tanam pokok pisang. Makan pisang jelah. Lepas tu bela kambing. Huhuhu. Tapi dengan syarat ada streamyx dan astro. Hahaha.  Cepat saja Kak Ngah jawab, “ Yang ko konfiden nak mancing, macam la konfem dapat ikan.”

Hahahaha. Sebenarnya hidup ini tidak senang. Segala yang senang lenang tenang aman semuanya ada ‘di sana’. Dah kena smash dengan Kak Ngah sebijik, insaf  le sikit. Tiga bulan bergelumang dengan thesis, tak tahu ke mana bantal ke mana pinggan. Rindu kepada keluarga di tahan dalam-dalam. Jiwa kena kuat. Sahabat untuk berbincang pun terpaksa dilupakan sejenak. Fokus.

Dapat jumpa Kak Ngah, walaupun kena kutuk, tetapi dapat ketawa dengan tenang secara berpada-pada, Alhamdulillah, itulah sebahagian daripada nikmat kehidupan. Sahabat yang mengingatkan dan menyenangkan. Ketika susah, di bahu dialah kita menangis, ketika gembira, di sisi dialah kita ketawa. Ketabahan terselit kukuh di dalam diri Kak Ngah. Walaupun dia selalu meringut bahawa dia bukanlah seorang yang sabar, tetapi dia sebenarnya amat penyabar. Lepas Kak Muja ke US, dialah yang jaga mak n apaknya yang tak sihat. Tak cukup sabar lagi begitu?

Alhamdulillah, saya di kelilingi sahabat-sahabat yang amat memahami dan memberikan sokongan hidup yang amat mahal di samping memberikan contoh yang amat bernilai untuk saya kutip dan ambil pengajaran.

Sekarang ni Kak Long pun dah bertambah sibuk. Tetapi masih ada masa selingan untuk berbual apa yang patut selepas hampir dua tahun saya meninggalkan Sitiawan. Ini ‘kubu’ penguat rohani saya. Di sisi teman yang sentiasa mengingatkan saya tentang hari mati. Sebenarnya, Kak Long adalah guru yang ‘sebenar’ yang banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Mungkin, kalau saya mati dan hidup semula, saya tidak mampu menemui seorang ‘guru’ seperti dia. Jadi, saya ingin memanfaatkan kesempatan yang ada ini, untuk menghargai dia, sebelum tiba masa kami dipisahkan oleh masa dan usia. Itu janji Tuhan. Kami pasti berpisah. Dan harapan yang paling besar ialah, agar kami dapat bertemu dan berkasih sayang semula di syurga.

Tuntuan hidup individu, menjadikan antara sahabat-sahabat terpisah jarak duduknya. Kesibukan, masa dan ruang banyak menjarakkan. Tetapi dalam hati sentiasa ada doa yang tidak putus. Balik ke Sitiawan ni pun, buku bertimbun-timbun nak dilayan. Thesis dah siap pun, tak boleh lepas dari buku lagi. Dan tentunya saya tidak dapat melepaskan diri daripada buku selagi saya hidup. Itu keperluan. Makanan minda. Sebahagian daripada keperluan rohani. Menjadikan hari semakin sibuk dan jam terasa amat cepat berdetik.

Tadi, ketika ber’ym’ dengan adik Kazeem, sempat bersembang beberapa perkara dengan Kak Long. Daripada urusan pelajaran dan urusan kehidupan. Kak Long sempat tanya perkembangan novel terbaru saya. Hehehe. Tang ni yang rasa nak tersengeh senget sebelah ni. Bincang-bincang, Kak Long kata apa salahnya cuba terbit sendiri novel saya. Tapi bila fikir balik boleh ke saya buat. Dahlah dua tahun lebih tinggalkan hal-hal dan urusan yang berkaitan dengan ‘kenovelan’ ni, tetiba nak terbitkan sendiri pula. Alahai…macam mana ya. Karang….hapa pun tak terbit…takut duit jalan, hasil dapat asap. Huhu. Jual lempeng la….

Jadi, semuanya dalam proses istikharah. Semoga Allah tunjukkan jalan. Sebenarnya, jauh di sudut hari, saya berharap agar CESB kembali seperti dulu. Tapi bolehkah? Editor kegemaran saya sudah tidak ada di situ. Saya sudah selesa dengan editor lama CESB yang telah berjasa terhadap 3 buah novel saya dengan CESB. Banyak kenangan manis di situ. Yalah…teringat kembali keterujaan saya apabila novel pertama saya diletakkan berdampingan dengan novel Hasanuddin Mad Isa di rak (Mereka Yang Tertewas 2), novel Tukya (ayahanda) dll. Dua malam tak lena tidur. Huhuhu. CESB membariskan beberapa penulis-penulis yang bagus tetapi low profile (macam En. Ujang tuh! Ha ha ha!). Saya berharap, CESB tak akan tinggal kenangan. Sebenarnya, saya bukan hanya berharap, tetapi berdoa.

Hmmm…

Bercerita pasal novel yang sedang saya pulun ni, sebenarnya terima kasih kepada sahabat saya, Zumi dan kisahnya dengan Marcus yang cukup memberi Ilham. Juga, buat Azumi, semoga dia mendapat hidayah daripada Allah untuk mengenal nikmat Islam.

Saya akui, tajuk yang ingin saya letakkan kali ini agak ‘jijik’ bunyinya. Tetapi isinya sudah tentu tidak ‘sejijik’ tajuknya. Hahahahaha. Saya masih Zaharah Muhammad. Hehehehe. Kak Long kata, dia sudi untuk merompak salah seorang anak muridnya untuk dijadikan model untuk ilustrasi kulit depan sekiranya saya mahu terbitkan sendiri. Wah, tawaran hebat tu. Tapi ada ke yang muka ‘antarangsa’? Hahaha. Siapalah agaknya budak lelaki yang akan jadi mangsa Kak Long tu. Huhuhu. Doa-doakan saya ya. Saya cuma ada masa sampai akhir bulan tujuh untuk menyelesaikan semua urusan berkenaan novel. Bulan lapan, sekiranya Allah izinkan, saya akan meneruskan pengembaraan…..jalan-jalan cari ilmu ke destinasi yang seterusnya.

2 Responses to “LTSI (2)”

  1. Kazeem said

    Hehe…Ade jgk nama saya… Semoga dipermudahkan segala urusan akak ^_^

  2. rkukaudya said

    k.tehz,

    org pun harap CESB x berkubur.harap n berdoa.he.

    em, xpe2, bia bunyi tajuk macam jijik, asalkan isinya baik, daripada tajuk macam bagus, tapi isi dalam hancus.he.

    k.tehz, DIA pasti akan mudahkan jalan bg hamba-NYA yg sabar n berserah. org doakan k.tehz sbahgian dr ‘hamba-NYA’ itu.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>