Binti Muhammad

binti_muhammad@yahoo.co.uk

Jangan baca

Posted by Zaharah on May 4, 2009

Dah lama tak merepek merapu meraban kat wordpress saya ni. Dalam senggang waktu yang terbatas ni, rasa nak bercerita la pulak. Sekadar buat pengajaran. Sesiapa yang sibuk, anda tidak digalakkan membaca entri ini kerana ia hanyalah cerita kosong. Untuk mengisi masa lapang.

Cerita ni berlaku lebih kurang empat tahun lepas. Tahun 2004, novel pertama saya keluar. Novel tu dihasilkan pada tahun 2002, dihantar kepada syarikat penerbitan akhir tahun 2003. Alhamdulillah, novel pertama tu dapat sambutan dan maklum balas yang agak baik dan memberangsangkan daripada pembaca. Pun, saya tak anggap yang saya ditakdirkan untuk jadi novelis. Sekadar nak meluahkan pemikiran terhadap persoalan kehidupan. Itu saja. Akhir tahun 2004, saya menghasilkan sebuah lagi novel yang kemudiannya diterbitkan pada awal 2005. Tempoh masa antara novel pertama dan novel kedua, saya hanya kenal seorang penulis saja. Penulis tersebut cukup ramah, baik hati dan selalu menghubungi saya. Terharunya saya sebab saya ni penulis “HAMPEH”……dia pula dah menghasilkan lebih daripada 25 buah novel ketika itu.

Lama berkawan, dan saya telah menganggap dia sebagai kakak. Dia memang tidak sombong. Tak pilih bulu. Susah nak cari orang yang terkenal dan bersifat macam dia. Saya kagumi. Lama-lama berkenalan, dia menggalakkan saya untuk lebih giat menghasilkan manuskrip. Lebih-lebih lagi dia bercadang untuk membuka syarikat penerbitan sendiri. Sudah semulajadi sebagai seorang yang ramah, yang ada sifat-sifat mengambil berat, maka adalah biasa bagi dia untuk menghubungi penulis-penulis baru macam saya. Ditambah pula dia mula menggalakkan supaya saya menghantar manuskrip untuk syarikat yang baru ditubuhkan. Memuji saya begitu dan begini. Saya tak kembang hidung pun. Sebab kat rumah saya ada cermin. Saya boleh menilik diri sendiri. Ditambah pula saya ni jenis ’siput’ sedut. :D Diberi galakan yang macam mana pun, kalau tak makan masa setahun, tidaklah saya mampu menyiapkan satu novel. Itu yang saya tabik pada penulis-penulis yang mampu menghasilkan bukan hanya setakat 2 novel setahun, ada yang sampai 5 novel setahun. Fuh, tabik  untuk mereka. Terutamanya yang ada suami dan anak.

Berbalik kepada cerita kelakar saya tadi, setelah diburuk-burukkan syarikat penerbitan yang sudah menerbitkan 2 novel saya sebelum ini (Creative Enterprise Sdn. Bhd), dia terus memberikan galakan, hanya setahun lebih selepas itu baru saya berjaya menyiapkan satu lagi novel. HUhu. Memang tahap ’siput’ betul saya ni! Itu pun setelah dia ‘menakut-nakutkan’ saya dengan cerita bahawa CESB bakal ‘lingkup’ disebabkan hutang yang berjela-jela. Apa yang dia ceritakan itu barangkali betul. Tetapi motif penceritaannya itu yang barangkali boleh dipertikai.

Natijahnya, Jun 2006, terbitlah novel ketiga saya “Kerana Kau LELAKIKU”. Dengan nama pena Teja Aufi Nasrul. Saya mulanya berkeras nak menggunakan nama ZAHARAH MUHAMMAD seperti novel-novel saya dengan CESB, tetapi dia menasihatkan saya agar menggunakan nama pena, kerana pada ketika itu dia tidak mahu CESB menganggap dia telah ‘mencuri’ penulis CESB. Lagi pun, kontrak dia dengan CESB belum tamat. Memikirkan kemaslahatan dia dan periuk nasinya, maka saya pun tidaklah kisah walaupun ada rasa terkilan kerana terpaksa menggunakan nama pena. Satu yang saya fikir, dia kawan yang sudah saya anggap seperti kakak sendiri atau sebetulnya saya ketika itu terlalu naif tentang dunia penulisan, maka saya pun paksarela menerima keputusan dia. Antara janji-janji yang diberikan, antaranya begini…

1) Royalti akan dibayar 4 kali setahun (maknanya 3 bulan sekali) sebabnya, CESB bayar hanya sekali setahun. Atau lebih tepat dengan CESB, dua tahun pun belum tentu dapat royalti. Hehehehe.

2) Royalti akan diberi sebanyak 15% daripada harga invois.

Sebenarnya, apabila kita dah kenal dan bergaul dengan seseorang yang sudah kita anggap macam keluarga sendiri, soal tawaran tu dah tak jadi nombor satu. Kerana hal yang lebih penting, kita nak jaga hubungan persahabatan.

Lebih kurang empat atau lima bulan Kerana Kau Lelakiku berada di pasaran, ia telah diulang cetak sebanyak 3 kali. Dia kemudiannya meminta manuskrip kedua. Tapi, faham-fahamlah, saya kan jenis ‘penulis siput’. Nak siapkan satu manskrip setahun pun rasa nak pitam dan nak meracau-racau. Kena push macam mana pun, tetaplah saya ni jenis ’siput sedut’. Demikian, ke’siputsedut’an saya itu kadang-kadang ada baiknya kerana keghairahan ada ketikanya boleh membawa penderitaan. :D

Ketika saya dalam keadaan terhegeh-hegeh cuba menyiapkan manuskrip kedua dengan syarikat penerbitan dia, ada kawan penulis mengadu kepada saya, dia tak jawab panggilan. Bukan sekali, beberapa kali. Dari situlah segala ceritas terbongkar.

Dalam proses ‘mengambil hati’ penulis-penulis yang rapat dan baik dengan dia, rupanya dia memburukkan antara penulis2 yang ‘diumpan’ agar menghantar menuskrip kepada syarikatnya. Apabila dia menelefon si A, dia akan memburuk2kan si B, C, D, E dan yang lain2. Begitulah sebaliknya. Yalah, sekali dia menelefon kami, boleh ambil masa dalam satu jam atau lebih. Macam-macam lah boleh keluar dari mulut manusia dalam masa sejam lebih tu. Sebelum tu, kalau dia menyebut nama-nama penulis tertentu dan memburuk-burukkan, saya buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Sebab saya sendiri tak kenal penulis2 lain termasuklah penulis2 yang dia sebut2. Kalau kenal pun, kenal gitu2 jelah. Jadi malaslah nak ambil peduli sangat. Sebagai penulis yang sudah lama bertapak dalam bidang penulisan, dan sudah tahu banyak gosip dan cerita2 tentang manusia-manusia dalam bidang ni, tentulah banyak cerita yang dia tahu. Tapi, seperti yang saya katakan tadi, walaupun mulut saya ni mulut jahat juga, tapi saya malaslah nak pedulikan cerita tentang orang yang saya tak kenal.

Akhirnya, apabila tembelang dia pecah, tahulah saya. Semestinya saya juga tidak terlepas daripada menjadi bahan kutukan dan caci maki. Bila dah jadi macam ni, barulah kami masing-masing nak menghubungi antara satu sama lain dan bertanya khabar apa sebenarnya yang telah berlaku. Maka tahulah, masing-masing tak ada yang telepas daripada menjadi bahan kutukan si dia. Dan masing-masing hanya mampu menggaru-garu kepala. Saya kira bernasib baik jugalah sebab hanya sempat hantar satu manuskrip saja. Ada yang dah hantar lima manuskrip dan semuanya lesap. Hmm…

Saya bersyukur. Hanya satu poin yang membuatkan saya bengang. Ada sorang kakak ni bagitahu saya,

Kak M: Teh, kau tahu apa dia kutuk kau?

Saya: Apa dia?

Kak M: Dia kata, si Zaharah ni, tak padan dengan pakai tundung labuh, tapi hari tu dia siap pergi ke satu kedai dan mengaku dialah sebenarnya penulis TEJA AUFI NASRUL.

Huh! Berasap saya. Fuh! Nyala! Nyala! Nyala! Memang dia nak saya rahsiakan diri. Tak mahu CESB kesan dia sebab kebanyakan penulis yang menulis dengan dia adalah penulis CESB. Alah, kalau dia tak minta saya rahsiakan pun, selama ni bukannya saya ada bagitahu orang lain sayalah ZAHARAH MUHAMMAD. Kalau bagi tahu pun, bukannya ada orang kenal saya. Saya sedar diri sendiri. Saya nak bagitahu siapa? Keluarga pun tak tahu saya menulis sehinggalah novel ketiga. Ikhlas, saya memang malu nak mengaku yang saya ni novelis. Dengan CESB dulu pun saya nak pakai nama pena. Tapi CESB mahu guna nama sebenar. Apa nak buat.

Dan cerita pasal saya mengaku TEJA AUFI tu sebenarnya begini (bukan saya mengaku pun).

Kak N, yang juga merupakan peminat novel melayu, satu hari Kak N ajak saya keluar. Makan-makan (Sebelum ni rasanya kami hanya jumpa di pesta buku masa dia ambil tandatangan saya).Lepas tu kak N bawa saya ke sebuah kedai buku. Saya ikut sajalah. Sebab seronok dengan keramahan Kak N. Yalah, walaupun tak kenal saya sebelum ni, tetapi Kak N amat baik hati dan ramah mesra. Jadi, saya seronoklah bersama kak N hari tu sehinggalah tiba di kedai buku tersebut. Tiba-tiba kak N perkenalkan saya kepada si cantik manis yang menjadi promoter di kedai tersebut, inilah penulis buku ‘kerana kau lelakiku’. Ades!!!! Mulanya saya terus lari ke belakang rak. Dan kalau boleh nak nyorok bawah meja. Tak sangka Kak N kenal baik dengan si cantik manis tu. Aduh. Tapi, apabila saya sedar perbuatan saya menyorok tu agak keanak-anakan sedangkan umur saya dah tua bangka, saya pun mula berusaha untuk buat selamba. Tebalnya muka tak tahu nak cakap. Itulah ceritanya. Tetapi apabila sampai pada dia, jadilah versi ‘tudung labuh tapi tak tahu malu’.

Pedas dan pedih. Saya hanyalah seorang penulis ‘siput’ yang tak glemer, tak kenal ramai penulis, tak ikut perkembangan novel tempatan, dan tak bergaul dengan penulis2 novel sama ada yang femes atau tidak, pun terkena gosip begini. Hai, patutlah artis malaysia ada yang menangis kerana gosip. Huhuhu.

Sekarang, dia tak dapat dijejaki dan dihubungi. Ada seorang penulis yang telah memfailkan saman ke atas dia dan kes mereka masih dalam perbicaraan. Bila tembelangnya pecah, ngeri juga saya dengar cerita. Seram sejuk ada. Seram panas pun ada. Saya mula terfikir nak berhenti saja menulis memandangkan saya mula sedar, besar juga fitnah dalam bidang penulisan ni. Fitnah dari dalam diri, dan juga fitnah dari sekeliling. Tetapi bila saya fikir balik, biarlah. Nak buat macam mana. Saya akan tulis saja apa yang saya rasa saya nak tulis. Selebihnya malaslah nak fikir. Penerbit nak lingkup ke, penerbit nak menipu ke…biarlah. memang lumrah kehidupan, dalam bidang apa pun, risiko sebegini tidak dapat dielakkan. Kerana hidup ini sebenarnya pergelutan antara dua unsur iaitu BAIK dan BURUK. Maka, saya redha.

Sebab itulah, apabila ada yang tidak henti-henti bertanyakan tentang novel terbaru saya, saya hanya berserah. Saya tidak mahu beria. Pun tidak boleh juga untuk berputus asa. Biarlah Allah yang menentukan di mana saya pada masa akan datang. Kadang-kadang kita ingin berada di sini, tetapi Allah mahu kita berada di tempat lain. Kadang-kadang kita mahu melakukan begini, tetapi Allah menukar fikiran kita ke arah lain.

Seperti angin, apa yang kita ingin lakukan, tidak selalu sama dengan arah mana yang kita ingin hembuskan. Inilah kehidupan. Antara pahit dan manisnya, beginilah kehidupan. Hanya kita yang merasainya. Dan tentunya Allah lebih tahu apa yang sedang kita rasa dan apa yang sepatutnya buat diri kita.

 

9 Responses to “Jangan baca”

  1. rkukaudya said

    em…sian ada, klaka pun ada. but dats hidup kan. em…da k.tehz kata gini, walau org sgt xsabar nk bc nvl zm seterusnya, jadi beku plak. xmahu la tanya lagi, bak kata k.tehz Biarlah Allah yang menentukan , tentunya Allah lebih tahu apa yang sepatutnya buat diri kita. xnak k.tehz dr siput sedut jadi burung unta plak. he.

    k. wlu pe pun yg k.tehz wat after dis, moga sukses slalu dm redo n rohmat-NYA. mg DIA beri apa yg terbaik dari sisi-NYA.

    ;=)

    (if k.tehz reply dis, plis plis plis dunt put my name eh. plisss…)

  2. Lorrr… awatnya tak tanya beta dulu sebelum hantar tu?

    BTW, JT kata royalti akan dibayar isnya-Allaah dalam tahun ni. CESB dah berjaya timbul-timbul tenggelam ke permukaan dan dapat bernafas sikit-sikit. Mudah-mudahan dipanjangkan riwayat penerbitan tu kerana ada ramai penulis yang menjadikan CESB asbab sumber rezeki mereka selama ni.

    Sebaiknya semasa saudara kita lemas, kita bantu sedaya mungkin untuk beri ruang dia bernafas. Bukan ke setiap kebaikan tu dibalas Allah SWT dengan kebaikan juga?

    • Zaharah said

      Adzam,
      orang perempuan ni mudah belas kasihan. Mudah terpedaya. Mudah terpengaruh. Saya tidak terfikir perkara negatif sebelum kena. Apa lagi, Adzam sendiri pun tahu bagaimana ramahnya dan baiknya ‘dia’ melayan sesama penulis.

      Pasal cesb tu,
      saya memang ada berdoa agar CESb boleh bangun semula. sape tak sayang. di situlah saya bermula. CESB adalah penerbit yang cukup sederhana dan tidak terlalu memperomosikan penulisnya. Itu yang saya senang. Walaupun royalti tahun 2006 pun tak dapat lagi sampai sekarang, saya tetap berdoa semoga cesb akan kembali. tapi….doa sajalah. selebihnya adalah usaha JT sendiri.

  3. amjad said

    Salam…

    Fitnah ada di mana2. Namun yang utamanya, penulisan adalah antara 1medan dakwah.
    Akak berdakwah melalui penulisan novel. Banyak penulisan akk yg dpt sy jdkan pengajaran

  4. Hidet said

    Salam.

    Teruskan perjuangan walaupon berbagai dugaan menimpa.
    Istiqamah dalam setiap urusan.
    Keindahan akan menjelma dikemudian hari.

    Regard

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>