Ustaz Nik Abduh
Posted by Zaharah on May 3, 2009
Orang Melayu tak suka dikritik. Sesiapa yang mengkritik, dianggap ‘buruk perangai’. Tak dinafikan, ada segelintir pengkritik yang tidak menggunakan bahasa yang berpatutan untuk mengkritik, seolah-olah mereka adalah manusia ‘lengkap’ dan ’sempurna’.
Namun, berbeza dengan anak MB Kelantan ini. Walaupun entri di dalam blog beliau menghidangkan pelbagai kritikan terutamanya terhadap individu yang bergiat di dalam bidang politik, tetapi bagi saya, kritikan tersebut ditulis dalam bahasa yang paling lunak. Paling beradab walaupun pedas. Sudah setahun saya tidak membaca akhbar tempatan, dan hari ini, setelah pulang ke pangkal jalan apabila thesis saya telah selesai secara rasmi, saya berpeluang membaca utusan pagi ini dan tersenyum bangga. Pandangan dan kritikan Ustaz Nik Ahduh kali ini benar-benar mengundang kontroversi. Saya tidak mahu mengulas lanjut. Silalah melawat ke blog beliau.
Saya percaya, bukan saya seorang, malah ramai yang menyokong tindakan dan pendirian beliau. Mengkritik kerana Allah amat berbeza dengan mengkritik kerana ‘hobi’. Rakyat Malaysia umumnya, dan penyokong PAS khususnya, pasti sedar apa yang diperkatakan oleh Ustaz Nik Abduh itu adalah kritikan yang dilakukan untuk ‘menegur’ pihak2 tertentu yang kalau tidak ditegur, mereka akan menjadi ‘virus’ yang barangkali lebih berbahaya daripada H1N1.