Tampar
Posted by Zaharah on April 16, 2009
Semalam saya terima sms daripada kawan saya.
J: malan tadi saya mimpi. Nak tahu tak apa yang saya mimpi.
Saya: mimpi pasal apa?
J: pasal zaharah
bila tahu dia mimpi pasal saya, terus hilang rasa teruja. Sebab, dalam sebulan dua ni, teman serumah asyik mimpi saya jadi ‘bomoh’. mimpi saya buat bakso untuk dijual. dan macam-macam lagi mimpi yang tidak begitu membanggakan. hehehe.
J: Saya mimpi, kita pergi temubual seorang lelaki cina di KL. lepas b’cakap2, dia terus bersalam dengan kita berdua. bila dia bersalam dengan zaharah, tiba-tiba lelaki tu peluk dan cium zaharah. saya pun jadi hero lah. saya terus tampar dia.
Saya: hahahahahah………….sungguh keji mimpi itu.
J: kita terus pergi report dekat pegawai bahagian HR. perempuan. zaharah nak tahu apa kata perempuan tu? dia marah kita balik. dia kata kita yang cium lelaki tu dulu…grrrrr….TIDAK ADIL!!!!
Saya: satu soalan penting. lelaki tu hensem ke tak?
J:biasa saja. tak berapa ingat muka dia
Saya: terima kasih kerana J** menampar dia
J: hmm….apa yang saya ingat, muka dia lebih kurang macam Dr ****
Saya: apa????????????? oh, sungguh keji mimpi J** tu. Adessss…….
J: Ha ha ha ha. Nasib la
Saya: pastikan Dr D**** tak tahu. ha ha ha
Sebebarnya Dr D**** tu penyarah kami. Adoi laa…….. tiba-tiba saya teringat cerita salah seorang pensyarah saya tentang pengalaman ‘yang tak diduga’ ketika menyiapkan thesis phd nya. macam-macam perkara yang tak diduga, yang kalau dikenang selepas itu semuanya jadi kelakar. sekarang baru saya dapat menyelami apa yang diceritakan.
sebenarnya, mimpi kawan saya, J** tu taklah jijik sangat. saya pernah mimpi sesuatu yang lebih jijik ketika bertungkus lumus menyiapkan proposal thesis saya dulu. saya mimpi rakan sekelas (lelaki korea) mengintai seorang kawan yang belajar di satu jabatan dengan kami (perempuan India). saya ceritakan mimpi tersebut kepada budak perempuan India tu dan salah seorang seorang pensyarah kami…… apa lagi…gelak besar lah…tapi saya tak sudi nak teritakan mimpi tu kepada rakan sekelas saya (lelaki korea tadi). nanti dia kata saya psiko pulak. hahahaha.
lebih kurang seminggu juga saya ambil masa nak kebah dari trauma mimpi tu.
huhu. namanya mimpi kan. memang tak logik. rupanya, mimpi kawan saya tentang ‘bomoh’ tadi tu lebih mulia. hahaha.
Najwa Aiman said
Kerap mimpi tu bagus sebab ada kajian saintyifik yang kata lebih tinggi IQ, maka kerap mimpi. Aagknya sebab tu orang yang sedang belajar bermimpi lebih kerap.
Yang kerap mimpi sampai terpaksa mandi junub tu kira termasuk kategori IQ tinggi juga ek? Atau selera tinggi tu? Hmmm…
Zaharah said
Adzam,
setahu saya, orang perempuan akan bermimpi sesuatu yang lebih mulia jika nak dibandingkan dengan mimpi orang lelaki. Hahahahha…jangan marah.
Mungkin kajian pasal IQ tu betul kot. Cuma, tak bermakna orang yang kerap mimpi tu IQ dia tinggi. Semenjak sambung belajar, saya rindu untuk tidur tanpa mimpi. Hampir setiap kali tidur saya akan bermimpi. Mimpi dikejar harimau, mimpi bunuh ular, mimpi makan kek dll. Yang paling kerap ialah mimpi ngeri. Walau pun saya bukan dalam kategori yang takut hantu, tetapi selalu mimpi jumpa manusia macam hantu. Uhanahaha…..menyampah!
teduh redup said
salam akak.sy nak tau sgt tajuk asal novel kerana kau lelakiku.rasanya tajuk asal yg akak nak lain kan…mohon dengan sangat…
Zaharah said
teduh redup,
tajuk asal Kerana kau lelakiku ialah SESUDAH DEMIKIAN LAMA