Binti Muhammad

binti_muhammad@yahoo.co.uk

Doa

318411-11-ocean-of-tearsSebaik saja mendapat berita thesis saya lulus, saya juga mendapat berita kakak sulung saya yang berusia 41 tahun disahkan mengidap kanser hati pada 22 Jun lepas. Namun, doktor masih tidak dapat memastikan kedudukan sebenar sehinggalah khamis lepas, 2 July, doktor mengesahkan kakak saya mengidap kanser hati (peringkat akhir).

Innalillahiwainna ilaihi rojiun. Saya hanya mampu tunduk berdoa, semoga Allah ampuni kami, dan mengambil kami kembali ke sisi-Nya dalam keadaan yang DIA redha. Ujian ini tandanya, DIA tidak melupakan kami.

Mohon kepada yang sudi, agar memanjatkan doa supaya dipermudahkan untuk kami sekeluarga. 13 July nanti, kakak saya dijadualkan menjalani kemoterapi. Tetapi kebanyakan ahli keluarga membantah, termasuk ma dan ba saya, atas alasan-alasan tertentu.

Namun, saya serahkan semuanya kepada Allah. Semoga Allah berikan kami kekuatan dan ketabahan. Selebihnya, hanya Dia yang berhak menentukan apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

July 7, 2009 Posted by Zaharah | Akhirat | | No Comments Yet

Hotaru No Haka

200px-Grave_of_the_Fireflies_DVDcoverSekiranya diberi pilihan antara menonton atau membaca, saya lebih selesa memilih membaca. Mata saya cepat letih apabila menonton tv. Tengok-tengok, tv yang tonton saya. Namun, tahap kegagalan saya ketika menonton adalah bergantung kepada jalan cerita. Hanya cerita-cerita tertentu sahaja yang boleh membantu mata saya bertahan ketika menonton.

Malam ahad lepas, disebabkan sudah muak dengan program-program di siaran astro, saya selongkar rak VCD, terjumpa Grave of the Fireflies dan Ponette. Saya tanya Pu-are, nak tengok yang mana. Pu-are kata tak kisah. Saya pilih Grave of the Fireflies sebab saya memang suka anime.

Natijahnya, Pu-are tergelak hairan apabila saya dengan tiba-tiba menangis macam ‘bayi’ apabila tiba di penghujung cerita. Ades. Siap kena perli sebab selesai menonton pukul 12mlm, pukul lima pagi pun tak boleh berhenti menangis. Disebabkan malu, terpaksalah saya masuk menangis dalam bilik air. Hahahah. Malu beb. Kali pertama ‘termenangis’ di depan Pu-are. Dia pun terkejut. Saya pun tak fikir saya boleh menangis macam tu. Macam-macam cara saya cuba, termasuklah cuba buat-buat gelak. Tapi tak jalan. Saya pun tak pasti, apakah Pu-are yang hati batu atau saya yang macam lilin. Kata Pu-are, “Ceh, nampak muka macam ganas je….rupanya jiwang.”

Saya pun kompius. Huhu. Saya yang jiwang ke, Pu-are yang batu. Hanya orang yang pernah menonton Grave of the Fireflies saja yang boleh membuat penilaian terhadap tahap ‘kebanjiran’ yang mereka terpaksa alami. Huhu.firefliesmain_070101043254739_wideweb__300x290,1

Grave of the Fireflies adalah sebuah filem animasi adaptasi daripada autobiografi Hotaru no Haka yang telah dihasilkan oleh Akiyuki Nosaka berdasarkan pengalaman peribadinya yang pernah kehilangan adik perempuan kecilnya sewaktu perang dunia kedua. Memang pertengahan abah ke-20 adalah suatu tempoh yang penuh dengan peristiwa tragis dalam sejarah kemanusiaan dan abad ke-20 itu sendiri wajar untuk dilabel sebagai abad yang berdarah berdasarkan ketinggian jumlah korban sama ada akibat peperangan atau keganasan politik.

Filem selama 88 minit ini diterbitkan pada tahun 1988 (saya belum lagi berusia 9 tahun) berlatarbelakangkan suasana sepanjang pengeboman Amerika ke atas Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Memaparkan kisah yang TERAMAT menyayat hati, bagaimana dua beradik, Seita yang berusia lebih kurang 14 thn dan adiknya Setsuko 4 thn telah menjadi yatim piatu apabila ibu mereka meninggal dunia dalam peristiwa pengeboman tersebut. Oleh kerana kediaman mereka telah hangus terbakar dalam peristiwa itu, kedua beradik ini berpindah ke Nishinoniya untuk tinggal bersama dengan ibu saudara mereka.

3Namun, kehidupan pada zaman perang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Kekacauan, peperangan dan kekurangan banyak mencetuskan sikap mementingkan diri sendiri. Itulah yang digambarkan oleh dalam filem ini. Untuk menanggung dua orang anak saudara dalam keadaan perang begitu, bukanlah perkara yang mudah bagi ibu saudara Seito. Masalah catuan makanan, Setsuko yang sering menangis pada waktu malam (ini adalah perkara biasa bagi anak-anak yang kehilangan ibu) telah menyebabkan ibu saudara mereka menganggap Seito dan Setsuko sebagai bebanan dan keadaan ini telah menyebabkan Seito membuat keputusan untuk meninggalkan rumah ibu saudara mereka dan cuba hidup sendirian dengan tinggal di sebuah gua di tepi tasik yang sebelum itu sering menjadi tempat Seito membawa Setsuko berlindung setiap kali siren amaran serangan kedengaran. Seito mempunyai dua alasan iaitu berasa letih untuk sentiasa lari mencari tempat berlindung setiap kali siren berbunyi selain rasa egonya terhadap sikap ibu saudaranya yang melayan mereka berdua sebagai bebanan. Sebagai remaja lelaki, Seito pada usia begitu mula peka dengan tanggungjawabnya sebagai lelaki. Dan, kerana ego tersebut, walaupun mereka tidak mempunyai makanan, Seito berusaha sendiri dan tidak mahu kembali ke rumah ibu saudaranya.grave_of_the_fireflies

Saat-saat yang Seito dan Setsuko lalui di dalam gua tinggal di tepi tasik itu tidak dapat saya gambarkan di sini kerana saya masih tidak dapat menahan diri daripada menangis apabila mengingatkan babak-babak yang menyayat hati itu, terutamanya bagaimana Setsuko terpaksa bermain-main sendirian di muka pintu gua kecil di tepi tasik itu ketika Seito keluar mencari makanan. Akhirnya, Setsuko mati akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan. Namun, pada waktu itu, tiada sesiapa yang akan mempedulikan orang lain. Perang memang membentuk manusia menjadi makhluk yang mementingkan diri sendiri.

Filem yang dimulakan dengan pemandangan di sebuah stesen keretapi di mana Seito telah menghembuskan nafasnya pada malam 21 September 1945, tidak dapat saya gambarkan tentang kesedihannya. Ternyata filem animasi ini mampu menyentuh hati, seolah-olah saya sedang melihat realiti pada waktu tersebut, seperti ia berlaku di hadapan mata.

Ayat terakhir yang disebut oleh Seito sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya adalah “Setsuko”.

Tiba-tiba, dengan hanya menonton sebuah filem animasi, saya terpaksa mengambil wuduk untuk menenangkan perasaan dan air mata yang tidak mahu berhenti, sehinggalah saya mengangkat tangan dan berdoa, “Ya Allah, lindungilah hamba-hamba-Mu yang menderita, yang terpaksa melalui kehidupan yang amat perit dan pedih di dunia-Mu ini. Lindungilah kami, hamba-hamba-Mu yang menderita ini.”

Saya, sebagai generasi yang masih belum diuji dengan pengalaman perang sebegitu, tentunya tidak mampu memahami hakikat sebenar sebuah kehidupan yang benar-benar pahit; di mana manusia tidak mempunyai tempat untuk lari daripada kekejaman sesama manusia. Dan suara tangisan tidak lagi mampu menghentikan kebinatangan di hati seorang manusia. Itulah……

Dan, saya sebenarnya sedang mendoakan diri sendiri, semoga saya tidak akan melalui pengalaman yang sebegitu, kerana saya tidak pasti apakah saya akan jadi manusia yang redha apabila menghadapinya, atau saya juga akan menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri….

June 9, 2009 Posted by Zaharah | Akhirat, Sentimental | | 1 Comment

Kerja Kelakar

May 27, 2009 Posted by Zaharah | Entah | | 3 Comments

LTSI (2)

Lega dapat balik ke Sitiawan. Rasa macam dapat balik ke kubu. Kelmarin, sempat tidur di ipoh semalam. Bergelak ketawa dengan Kak Ngah. Bukan gelak kosong. Kak Ngah memang kelakar walaupun mukanya sentiasa kelihatan serius. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya, ada unsur2 sufi, tetapi kelakar. Sebab lama tak jumpa, malam jadi pendek sebab leka bersembang. Saya kata, alangkah baiknya dapat duduk dalam gua. Tenang. Nak makan ikan, pancing dalam sungai. Tanam pokok pisang. Makan pisang jelah. Lepas tu bela kambing. Huhuhu. Tapi dengan syarat ada streamyx dan astro. Hahaha.  Cepat saja Kak Ngah jawab, “ Yang ko konfiden nak mancing, macam la konfem dapat ikan.” Read more »

May 25, 2009 Posted by Zaharah | Novel | | 2 Comments

Cinta

a1fe28ca7cbbea56

Cinta tidak bisa hilang kerana ketidakmampuan pengungkapan, kerana cinta adalah bahagian utama dalam hati.

May 24, 2009 Posted by Zaharah | Sentimental | | No Comments Yet

Jangan baca

Dah lama tak merepek merapu meraban kat wordpress saya ni. Dalam senggang waktu yang terbatas ni, rasa nak bercerita la pulak. Sekadar buat pengajaran. Sesiapa yang sibuk, anda tidak digalakkan membaca entri ini kerana ia hanyalah cerita kosong. Untuk mengisi masa lapang. Read more »

May 4, 2009 Posted by Zaharah | Lepas Perasaan | | 9 Comments

Ustaz Nik Abduh

imagesOrang Melayu tak suka dikritik. Sesiapa yang mengkritik, dianggap ‘buruk perangai’. Tak dinafikan, ada segelintir pengkritik yang tidak menggunakan bahasa yang berpatutan untuk mengkritik, seolah-olah mereka adalah manusia ‘lengkap’ dan ’sempurna’.

Namun, berbeza dengan anak MB Kelantan ini. Walaupun entri di dalam blog beliau menghidangkan pelbagai kritikan terutamanya terhadap individu yang bergiat di dalam bidang politik, tetapi bagi saya, kritikan tersebut ditulis dalam bahasa yang paling lunak. Paling beradab walaupun pedas. Sudah setahun saya tidak membaca akhbar tempatan, dan hari ini, setelah pulang ke pangkal jalan apabila thesis saya telah selesai secara rasmi, saya berpeluang membaca utusan pagi ini dan tersenyum bangga. Pandangan dan kritikan Ustaz Nik Ahduh kali ini benar-benar mengundang kontroversi. Saya tidak mahu mengulas lanjut. Silalah melawat ke blog beliau.

Saya percaya, bukan saya seorang, malah ramai yang menyokong tindakan dan pendirian beliau. Mengkritik kerana Allah amat berbeza dengan mengkritik kerana ‘hobi’. Rakyat Malaysia umumnya, dan penyokong PAS khususnya, pasti sedar apa yang diperkatakan oleh Ustaz Nik Abduh itu adalah kritikan yang dilakukan untuk ‘menegur’ pihak2 tertentu yang kalau tidak ditegur, mereka akan menjadi ‘virus’ yang barangkali lebih berbahaya daripada  H1N1.

May 3, 2009 Posted by Zaharah | Semasa | | No Comments Yet

Tampar

sleep-learningSemalam saya terima sms daripada kawan saya.

J: malan tadi saya mimpi. Nak tahu tak apa yang saya mimpi.

Saya: mimpi pasal apa?

J: pasal zaharah

bila tahu dia mimpi pasal saya, terus hilang rasa teruja. Sebab, dalam sebulan dua ni, teman serumah asyik mimpi saya jadi ‘bomoh’. mimpi saya buat bakso untuk dijual. dan macam-macam lagi mimpi yang tidak begitu membanggakan. hehehe.

J: Saya mimpi, kita pergi temubual seorang lelaki cina di KL. lepas b’cakap2, dia terus bersalam dengan kita berdua. bila dia bersalam dengan zaharah, tiba-tiba lelaki tu peluk dan cium zaharah. saya pun jadi hero lah. saya terus tampar dia.

Saya: hahahahahah………….sungguh keji mimpi itu.

J: kita terus pergi report dekat pegawai bahagian HR. perempuan. zaharah nak tahu apa kata perempuan tu? dia marah kita balik. dia kata kita yang cium lelaki tu dulu…grrrrr….TIDAK ADIL!!!!

Saya: satu soalan penting. lelaki tu hensem ke tak?

J:biasa saja. tak berapa ingat muka dia

Saya: terima kasih kerana J** menampar dia

J: hmm….apa yang saya ingat, muka dia lebih kurang macam Dr ****

Saya: apa????????????? oh, sungguh keji mimpi J** tu. Adessss…….

J: Ha ha ha ha. Nasib la

Saya: pastikan Dr D**** tak tahu. ha ha ha

Sebebarnya Dr D**** tu penyarah kami. Adoi laa…….. tiba-tiba saya teringat cerita salah seorang pensyarah saya tentang pengalaman ‘yang tak diduga’ ketika menyiapkan thesis phd nya. macam-macam perkara yang tak diduga, yang kalau dikenang selepas itu semuanya jadi kelakar. sekarang baru saya dapat menyelami apa yang diceritakan.

sebenarnya, mimpi kawan saya, J** tu taklah jijik sangat. saya pernah mimpi sesuatu yang lebih jijik ketika bertungkus lumus menyiapkan proposal thesis saya dulu. saya mimpi rakan sekelas (lelaki korea) mengintai seorang kawan yang belajar di satu jabatan dengan kami (perempuan India). saya ceritakan mimpi tersebut kepada budak perempuan India tu dan salah seorang  seorang pensyarah kami…… apa lagi…gelak besar lah…tapi saya tak sudi nak teritakan mimpi tu kepada rakan sekelas saya (lelaki korea tadi). nanti dia kata saya psiko pulak. hahahaha.

lebih kurang seminggu juga saya ambil masa nak kebah dari trauma mimpi tu.

huhu. namanya mimpi kan. memang tak logik. rupanya, mimpi kawan saya tentang ‘bomoh’ tadi tu lebih mulia. hahaha.

 

April 16, 2009 Posted by Zaharah | Entah | | 4 Comments

Tenang

2012_640x4801Tuhan,

Aku ingin berbicara dengan-Mu dalam bahasa tenang. Bahasa rindu!

April 5, 2009 Posted by Zaharah | Lepas Perasaan | | 2 Comments

Awal dan Akhir Untukku

 

watermark1Bila Engkau mengetuk pintu hati, beginilah aku. Beginilah aku datang kepada-Mu. Dalam keadaan begini, terimalah aku. Terimalah! 

 

Aku merapati-Mu, bagai alam ini yang di dalamnya ada diriku. Milik-Mulah semuanya. Bagaimana Engkau tidak menerima aku, sedang yang ada pada diriku, semuanya milik-Mu. Dan terimalah aku, untuk kali ini, dan untuk kali yang ke seterusnya. Sejauh mana pun hatiku pergi, cuba lari dari mengingati dan mentaati-Mu, hakikat yang ada dalam hatiku itu tidak pernah mengubah kedudukan-Mu. Engkaulah yang awal dan akhir untukku. Aku tidak mampu bernafas walau sesaat, tanpa cinta-Mu, tanpa bimbingan-Mu. Terimalah Aku!

 

 

 

 

March 20, 2009 Posted by Zaharah | Lepas Perasaan | | No Comments Yet

Palestine Dihatiku

Palestine Dihatiku” di Stadium Malawati pada 22 March ini jam 9.00 pagi. Dijemput datang.

March 20, 2009 Posted by Zaharah | Palestine | | No Comments Yet

LTSI [?]

Tuhan, Ajarkan aku bagaimana untuk bercinta. Ajarkan bagaimana cinta boleh manjadi syurga. Tunjukkan bagaimana cinta boleh wujud sebagai panduan untuk jalan kembali yang Engkau redhai. Kerana Engkaulah yang awal dan akhir untukku! Tempat aku kembali mempersembahkan segala amal baik dan burukku.

Insya Allah, karya terbaru saya ini akan menemui anda, untuk sesiapa yang masih belum merasa bosan dengan tema penulisan saya. Insya Allah. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

March 12, 2009 Posted by Zaharah | Novel | | 8 Comments